Demam Pun Main Kucing?
Kisah Tadi Pagi.
Al kisah tadi pagi. Kebiasaannya setiap isnin, selasa, rabu, khamis dan sabtu tidurku dikejutkan oleh miscall dari seorang kawan bernama halid. Apabila dia miscall, maka itu tandanya dia sudah sampai di rumah dan mahu aku membuka pintu untuk memudahkannya masuk ke dalam rumah. Apa tidaknya, dia sering menumpang abang iparku pergi dan balik dari pusat bahagia.
Tetapi pagi ini aku rasa lemah semacam. badan umpama tak boleh digerakkan, sejuk dan sakit kepala. Musim demam telah datang kepadaku setelah lama aku ditinggalkan. Sebenarnya sejak semalam lagi aku dah rasa tak sedap badan asyik baring sahaja di katil dan berbungkus selimut seluruh badan. Selera makan pun kurang, dikacau pun aku marah. Harapnya demamku ini tidaklah berpanjangan kerana bulan 12 ini aku ada merancang sesuatu. Mohon apa yang aku rancangkan akan berjalan dengan lancar tanpa apapun gangguan melanda.
Berbalik kisah tadi pagi. Setelah lama aku berbaring dan membiarkan halid menunggu di luar, maka aku pun bingkas turun dari katil lalu menuju pintu bilik untuk keluar mendapatkan halid yang aku rasa sudah sedari tadi disuruh masuk kerana aku terdengar dentuman pintu. Apabila aku keluar sahaja dari bilik, terhidu bau badan si halid berserta wangian yang dipakainya serta kedengaran suaranya yang bercakap-cakap dengan seseorang. Biasalah si halid, kalau tak bercerita dengan orang secara live, dia pasti berbual di zello ataupun whatsApp.
Akupun mendapatkan si halid yang duduk di ruang tamu dan duduk di sebelahnya. Kehadiranku tidak dihiraukan mungkin dia seronok berborak dengan rakan-rakan zellonya agaknya. Biasalah halid, bila sudah asyik bercakap-cakap dengan orang-orang zello kehadiran orang di depannya pun tidak dihiraukan dan ini sudah menjadi tabiatnya beberapa tahun kebelakangan ini sehingga masyarakat sekelilingnya pun merasa rimas akan tingkah lakunya itu. Dia juga sering menyumbat telinganya dengan earpis ataupun headset sehingga menimbulkan pandangan kurang enak bagi sesiapa yang memandang.
Meluat punya pasal kerana dia asyik melayan zello dan whatsApp, aku pun bangun dari tempat duduk lalu menuju ke pintu utama untuk keluar rumah. Tujuanku hanya satu iaitu bermain sang meow berwarna kuning. Aku rasa, dari aku duduk dendiam layan si halid yang ntah apa-apa tu baik aku layan kucing terhibur juga rasa hati dan dapat juga aku lupakan kesakitan yang melanda aku sekarang ni.
Aku keluar dan duduk di tangga rumah sambil menunggu si bulus yang berwarna kuning lagi tebal bulu itu. Tak lama menunggu aku terdengar dia mengiau sambil menuju ke arahku. Tunggu punya tunggu akhirnya dia datang kepadaku dengan bunyi rantai lehernya sambil berbunyi meow meow meow. Bunyinya manis dan menghiburkan hatiku yang sedang lara dan demamku pun dapat aku lupakan. Tanpa membuang masa, aku pun belai dan usap si meow dan ku tekan sikit tapak tanganku di badannya yang mulus itu sambil dia berbunyi yang sangat menawan hati. Kucing ni pandai control ayu aku pun tak tahu kenapa. Mungkinkah dia merayu supaya memberinya makan? Tapi tak pun dia egresef macam kucing tengah lapar. Lagaknya biasa sahaja manja dan bertawaf keliling badanku. Aku pun suruh dia duduk, dia pun duduk dan ku pegang seluruh badannya serta ku main-main telinganya yang mulus dan halus tanpa ada kudis sedikit pun.
Sedang aku bermain sang meow, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi tapak kaki berselipar. Aku fikir adik lelaki aku hendak menuju pintu. Aku pun alihkan mukaku ke arah pintu dan aku tiba-tiba ditegur oleh mama. "Baik dah kau puTeree?" sapanya. "Balum ku baik ni damam masih ni..." jawabku. "Abis, mun damam kenapa main kucing?" soal mama. Aku malas hendak menjawab dan meneruskan sahaja bermain si bulus sampai aku puas.
Aik.... orang demam tak boleh main kucing ke? Aku bermonalog sendirian.... Hmmmmm.....
Selepas puas bermain si meow, aku pun masuk dan mendapatkan halid semula. Allah, dia masih tak selesai bermain zello lagi. Lantak ko lah lid... Aku pun tinggalkan saja si halid di situ dan menuju ke bilik kakak untuk bersembang. Dari aku menghadap halid, baik aku sembang dengan kakak dan abang ipar ada juga hasilnya. Begitulah rutinku tiap pagi kalau tak bersembang dengan halid, aku akan sembang dengan mama. kalau mama tak available, aku akan masuk bilik kakak dan sembang dengan dia dan suaminya. Kalau tak sembang dengan depa berdua, aku akan main kucing. Kalau aku tak main kucing... haaaaaaa..... aku akan main fb, main IG, main game, ataupun tidorrrrr....
Mama, puTeree nak tanya nih... apa kaitan orang demam dengan main kucing? haaa?

Ulasan
Catat Ulasan