Kerana Dia Type C
Seingatku pada isnin lalu aku terpaksa melepas telefon bimbit kesayanganku pada orang lain. Inilah kisahnya... Kira-kira 5 bulan yang lalu aku membeli sebuah telefon bimbit jenama samsung galaxy a-80 dengan harga $700 lebih di 1 city mobile di de mall gadong. Sebelum ini jenama telefon bimbitku Oppo v9. Disebabkan teringin nak guna samsung balik selain oppo tiada menyokong panggilan video di regular call, aku akhirnya melepas oppo itu pada bapaku kerana walaupun aku membeli galaxy a-80, aku masih menyayangi Oppo. Secara kelaziman, aku amat mengambil berat dalam penjagaan telefon bimbit. Rata-rata pembeli yang membeli telefon-telefon yang sudah-sudah tidak pernah merungut masalah telefon kerana aku amenjaga mereka sepertimana aku menjaga diri sendiri. Boleh dikatakan telefon-telefon yang ku milik tidak pernah terhempas kecual galaxy s-4 miny yang mana ia mengalami keretakan lcd yang menyebabkan ia tidak murah untuk dibaiki. Bukanlah aku sesuka hati tanpa ...