Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Dia Cuba Berhutang

Aku ingin menyambung lagi cerita yang ku coretkan baru-baru ini di blog ku mengenai runner yang telah membuli diriku sebelum ini. Rupa-rupanya kes dia cuba berhutang bnd30 bukanlah yang terakhir. Dalam beberapa hari selepas aku enggan meminjamkannya wang sebanyak bnd30 dia ada lagi menghantar teks melalui whatsapp meminta topUpkan kad tambah nilai easi sebanyak 5bnd pulak! Inilah ceritanya. Suatu malam di bulan ramadhan ini ketika warga perkhidmatan awam baru sahaja terima gaji pertengahan bulan, aku ada menerima mesej whatsapp dari runner ini ketika aku baru saja masuk ke bilik selepas berbuka dengan keluarga tersayang. Aku rasa terganggu dengan mesej ini kerana dalam keadaan lepas menahan lapar dan dahaga, aku ingin berehat seketika. Dengan malas aku buka peti whatsapp dan rupanya runner ini yang menghantar teks. "assalam sis, bulih tulung aku hari ani?" salam diberi dan aku jawab juga walau aku sudah merasa cuak dengan individu ini dek kerana kes hutangnya baru-baru in...

Luahan Hatiku Yang sudah Lama Tersimpan

Assalamualaikum semuanya. Sekali lagi aku muncul dalam satu lagi luahan hati yang sudah sekian lama aku pendam di hati dalam-dalam. Harap luahanku ini tidaklah menjadi isu kepada sesiapa yang terlibat kerana ini adalah sebenar-benar rasa yang tulus ikhlas dari hati ini. Alhamdulillah, kita semakin menghampiri musim hari raya haji yang mana pada hari raya ini ramai dikalangan kita mengadakan majlis ibadah korban. Begitu juga aku turut mengambil bahagian dalam ibadah ini bersama keluarga sebelah suami kakakku. Tahun ini insyaallah adalah tahun yang kedua aku turut serta. Sebelumnya aku ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih yang tidak terhingga kepada keluarga suami kakak kerana memberi peluang kepadaku untuk mengambil bahagian walaupun ibadah ini dikhaskan untuk keluarga mereka sahaja. Peluang ini sangat-sangat aku hargai dan perasaan terharu hanya Allah sahaja yang tahu. Namun begitu aku cukup terkilan bukan kerana kesilapan sesiapa tetapi kerana kekuranganku menyebabkan...

Wasiatku

semalam berlaku hujan lebat, angin kencang berserta guruh dan kilat sehingga membuatkan sebahagian bekalan elitrik di rumah ini mati. Aku yang ketika itu sedang asyik menyaksikan berita melalui astro tv3 merasa terganggu dengan matinya elitrik di sebahagian rumah ini. Pada mulanya aku beranggapan, kesemua kawasan di rumah ini mengalami nasib yang serupa. Namun apabila aku keluar bilik dan melihat lampu masih elok terpasang, maka sahlah hanya sebahagian tempat di rumah ini sahaja yang terturun bekalan elitriknya. Patutlah masing-masing tak kisah dan tiada menunjukkan riaksi apa-apa. Kebiasaannya jika elitrik mati, kesemua orang di rumah ini akan keluar kerana berada di dalam gelap-gelita. Ini elok sahaja mereka tidur. Setelah pasti hanya di kawasan bilikku sahaja yang termati bekalan elitriknya, aku pun berkira-kira hendak menaikkan suis eletrik namun ia terbantut disebabkan suara guruh masih kedengaran kuat dan sabung-menyabung. ditakuti ia akan membahayakan nyawa dan diri sendiri ker...

Anak Kucingku Mati Seekor

Sudah seminggu 2 hari aku menerima kehadiran anak kucing sebanyak 4 ekor dari Ragi anak bulusku. Tetapi belumpun sampai sebulan, salah seekornya telah mati entah kenapa. Berikut adalah kisahnya... Aku tidak perlu merasa khuatir dan risau tentang penjagaan 4 ekor anak bulus itu kerana ibunya (ragi) merupakan seekor ibu kucing yang pengasih lagi penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak-anaknya. Keempat-empat anak-anaknya diberi cukup kasih sayang dan penyusuan. Tetapi entah kenapa dan apa sebabnya salah seekor dari mereka tidak selamat. Setelah 9 hari umurnya dia telah dijemput ilahi. Disebabkan aku tidak risau akan keadaan anak-anak kucing itu, jadi aku jarang memantau mereka, hanya sesekali sahaja aku memantau dalam sehari. Seperti yang aku kata tadi, ibunya seekor ibu yang penyayang... Mungkin Allah menggerakkan hatiku pada awal pagi tadi untuk memeriksa anak-anak Ragi yang ada dalam rumah kucing yang aku sediakan untuk mereka. Apabila tanganku menyeluk saja rumah, terasa ka...

Runner Menipu

Runner cuba membuliku. Aku ingin menceritakan satu kisah benar yang terjadi kepadaku yang terpaksa menggunakan perkhidmatan runner untuk membantu. Memandangkan aku bermasalah penglihatan, aku terpaksa mengharap bantuan orang untuk ke luar dan sebagainya. Pada suatu hari, aku teringin sangat menikmati ayam golek yang terkenal di Brunei Darussalam negaraku yang tercinta ini. Walaupun aku tidak menyatakan kedai yang menjual ayam golek itu, aku yakin masyarakat amat mengenali kerana kedai yang menjual ayam itu mempunyai beberapa cawangan di negara ini. Aku pun berusaha meminta bantuan orang rumah tetapi malang kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Hendak menunggu mereka selesai, aku sudah tidak tahan memendam keinginan. Sebenarnya keinginan makan ayam golek ini sudah berlarutan berminggu-minggu lamanya namun aku diamkan sahaja. Tetapi kali ini aku tidak tertahan lagi menyebabkan aku terpaksa mencari seseorang untuk membantu. Sepertimana yang diketahui, pada masa ini perkhidma...

semoga Aku Dapat membuat yang terbaik

Kira-kira jam 5 setengah pagi 4 Julai 2020, aku dikejutkan dari lena dengan suara halus berupa anak kucing. Aku pasti, itu pasti kucingku Ragi yang baru melahirkan anak. Dalam keadaan terpinga-pinga dan masihh mamai, aku bingkas bangun dari tempat peraduanku yang empuk dan segera memeriksa keadaan si Ragi dan paling penting aku mahu memastikan di mana dia melahirkan anak-anaknya. Patutpun pada awal pagi sebelum ini apabila Ragi tidur di atas katil bersamaku, terasa basah di bahagian ekornya dan pekat pulak. Memang aku tahu itu adalah berupa tanda yang dia akan melahirkan anak berdasarkan keadaannya yang sudah sarat dan cecair yang keluar. Aku malas nak buka lampu pada masa tu untuk tengok apakah jenis cecair yang mengalir membasahi ekor ragi kerana aku masih mengantuk dan waktu itu pun masih awal iaitu jam 2 ke 3 pagi. Aku hanya membawa ragi ke bilik air untuk membersihkan cecair yang terdapat pada tubuhnya dan menyuruhnya agar tidur di atas lantai atau katil yang tersedia kerana aku...

aku pening!!!

Imej
Aku adalah insan yang dilahirkan dengan naluri yang cinta dan sayang kepada makhluk Allah bernama kucing. Dan kini, aku ada memelihara 3 ekor kucing (2 jantan dan 1 ekor betina). Jantan bernama Putoot dan Oreo manakala yang betinanya pula ku gelar Ragi. Masalah yang aku hadapi sehingga membuatkan aku sakit kepala bukanlah kerana kucing yang 24 jam bersamaku di dalam bilik tetapi kelakuan 2 ekor jantan ini yang membuatkan rambut di kepalaku kerap gugur. Mereka 3 ekor ini sebenarnya merupakan adik beradik dan aku menjaga mereka dengan penuh kasih mesra sedari mereka kecil lagi. dahulu mereka 2 ekor jantan bersama 1 ekor betina ni tiada pernah bermasalah untuk sama-sama bermain, makan dan sebagainya. Tetapi entah kenapa pada hujung tahun lepas putoot sering membuli si oreo dengan memanjat badan oreo. Namun oreo sering mengalah dan membiarkan sahaja putoot membulinya. Lama kelamaan mungkin disebabkan sudah hilang sabar serta tercabar, oreo mula memusuhi putoot. Aku tidak ingat bila te...