aku pening!!!
Aku adalah insan yang dilahirkan dengan naluri yang cinta dan sayang kepada makhluk Allah bernama kucing. Dan kini, aku ada memelihara 3 ekor kucing (2 jantan dan 1 ekor betina). Jantan bernama Putoot dan Oreo manakala yang betinanya pula ku gelar Ragi. Masalah yang aku hadapi sehingga membuatkan aku sakit kepala bukanlah kerana kucing yang 24 jam bersamaku di dalam bilik tetapi kelakuan 2 ekor jantan ini yang membuatkan rambut di kepalaku kerap gugur.
Mereka 3 ekor ini sebenarnya merupakan adik beradik dan aku menjaga mereka dengan penuh kasih mesra sedari mereka kecil lagi. dahulu mereka 2 ekor jantan bersama 1 ekor betina ni tiada pernah bermasalah untuk sama-sama bermain, makan dan sebagainya. Tetapi entah kenapa pada hujung tahun lepas putoot sering membuli si oreo dengan memanjat badan oreo. Namun oreo sering mengalah dan membiarkan sahaja putoot membulinya. Lama kelamaan mungkin disebabkan sudah hilang sabar serta tercabar, oreo mula memusuhi putoot.
Aku tidak ingat bila tetapi waktu mereka mula berubah menjadi musuh, kucing-kucing ini masih ditempatkan di bilik khas mereka dan aku sering terdengar mereka yang dua ekor ni bergaduh. Pada mulanya aku anggap ia hanya perkara biasa, tak terfikir pulak aku bahawa itulah tanda mereka tidak lagi serasi dan sesuatu tindakan harus dilakukan sebelum perkara buruk akan berlaku. Perkara ini sering didapati oleh keluargaku seterusnya menegurku agar memisahkan sahaja salah seekor daripadanya agar mereka tidak bercakaran.
Namun aku tidak endah nasihat dan teguran mereka dan akhirnya pada suatu hari terjadilah pertengkaran besar di antara putoot dan oreo menyebabkan putoot mengalami luka dan berdarah. Mahu tidak mahu terpaksalah salah seekor dikeluarkan dari situ dan yang jadi target untuk dikeluarkan ialah putoot.
Jujur aku sangat sedih dengan apa yang berlaku. Aku sayang kedua-duanya kerana masing-masing mereka ada kelebihan tersendiri. Antara kelebihannya yang dua ekor itu, putoot sangat manja dan sering tidur diatas badan atau dilenganku. Oreo pulak manja kalau nak berhajat sahaja. Selebihnya dia lebih suka menyendiri. Kelebihan lain, oreo sangat memilih bab-bab makan, jika aku ingin memberinya makan saplimen aku harus memerlukan tenaga ekstra untuk memaksanya makan saplimen. Putoot sangat mudah diberi makan dan walaupun putoot tidak disukai oleh keluarga disebabkan mukanya yang samseng dan ganas, tetapi padaku, dialah kucing terbaik.
Sekarang aku pening untuk mengurus mereka, pun lagi, sekrarang mereka aku simpan di bilik bersama-samaku. Disebabkan putoot dan oreo pantang bertemu, aku terpaksa simpan salah seekornya di luar rumah. Kerana kedua-dua mereka telah biasa di dalam rumah, maka mereka sering berbunyi bila berada di luar. Yang jadi mangsa terpaksa disimpan di luar ialah putoot. Dia sering meminta belas agar diberi masuk tetapi bagaimana?
Pernah aku cuba menyatukan mereka konon senang aku memantau tetapi apa terjadi? kakiku jadi sasaran serangan salah seekor daripadanya, ya, kakiku dicakar, digigit oleh putoot disebabkan aku cuba menghalang pertengkaran mereka berdua.
Bukan aku tak pernah mencari petua mengatasi kucing bergaduh di laman google dan bertanya pada orang, tetapi aku terlupa untuk mempraktikkanny a.
Ragi pulak bila oreo dan putoot bergaduh, hanya diam membisu.
Sekarang aku masih memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. Hendak dikabiri, sesetengah orang yang berpengalaman menjaga kucing berkata kalau itu sudah tabiat kucing meskipun dimandulkan ia tetap akan menjadi musuh. Aduhh... Moga Allah permudahkan urusanku.
Tadi disebabkan kesihan kepada putoot yang merintih di luar jendela bilikku ini, aku pun masukkannya dalam bilik tetapi oreo aku kurung dalam tandas. Natijahnya, oreo seolah-olah menjadi egresef dan ingin menyerangku. Walaupun rasa takut menebal dalam hati ini, demi kucing aku terpaksa memberanikan diri menghadapi.
Mereka 3 ekor ini sebenarnya merupakan adik beradik dan aku menjaga mereka dengan penuh kasih mesra sedari mereka kecil lagi. dahulu mereka 2 ekor jantan bersama 1 ekor betina ni tiada pernah bermasalah untuk sama-sama bermain, makan dan sebagainya. Tetapi entah kenapa pada hujung tahun lepas putoot sering membuli si oreo dengan memanjat badan oreo. Namun oreo sering mengalah dan membiarkan sahaja putoot membulinya. Lama kelamaan mungkin disebabkan sudah hilang sabar serta tercabar, oreo mula memusuhi putoot.
Aku tidak ingat bila tetapi waktu mereka mula berubah menjadi musuh, kucing-kucing ini masih ditempatkan di bilik khas mereka dan aku sering terdengar mereka yang dua ekor ni bergaduh. Pada mulanya aku anggap ia hanya perkara biasa, tak terfikir pulak aku bahawa itulah tanda mereka tidak lagi serasi dan sesuatu tindakan harus dilakukan sebelum perkara buruk akan berlaku. Perkara ini sering didapati oleh keluargaku seterusnya menegurku agar memisahkan sahaja salah seekor daripadanya agar mereka tidak bercakaran.
Namun aku tidak endah nasihat dan teguran mereka dan akhirnya pada suatu hari terjadilah pertengkaran besar di antara putoot dan oreo menyebabkan putoot mengalami luka dan berdarah. Mahu tidak mahu terpaksalah salah seekor dikeluarkan dari situ dan yang jadi target untuk dikeluarkan ialah putoot.
Jujur aku sangat sedih dengan apa yang berlaku. Aku sayang kedua-duanya kerana masing-masing mereka ada kelebihan tersendiri. Antara kelebihannya yang dua ekor itu, putoot sangat manja dan sering tidur diatas badan atau dilenganku. Oreo pulak manja kalau nak berhajat sahaja. Selebihnya dia lebih suka menyendiri. Kelebihan lain, oreo sangat memilih bab-bab makan, jika aku ingin memberinya makan saplimen aku harus memerlukan tenaga ekstra untuk memaksanya makan saplimen. Putoot sangat mudah diberi makan dan walaupun putoot tidak disukai oleh keluarga disebabkan mukanya yang samseng dan ganas, tetapi padaku, dialah kucing terbaik.
Sekarang aku pening untuk mengurus mereka, pun lagi, sekrarang mereka aku simpan di bilik bersama-samaku.
Pernah aku cuba menyatukan mereka konon senang aku memantau tetapi apa terjadi? kakiku jadi sasaran serangan salah seekor daripadanya, ya, kakiku dicakar, digigit oleh putoot disebabkan aku cuba menghalang pertengkaran mereka berdua.
Bukan aku tak pernah mencari petua mengatasi kucing bergaduh di laman google dan bertanya pada orang, tetapi aku terlupa untuk mempraktikkanny
Ragi pulak bila oreo dan putoot bergaduh, hanya diam membisu.
Sekarang aku masih memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. Hendak dikabiri, sesetengah orang yang berpengalaman menjaga kucing berkata kalau itu sudah tabiat kucing meskipun dimandulkan ia tetap akan menjadi musuh. Aduhh... Moga Allah permudahkan urusanku.
Tadi disebabkan kesihan kepada putoot yang merintih di luar jendela bilikku ini, aku pun masukkannya dalam bilik tetapi oreo aku kurung dalam tandas. Natijahnya, oreo seolah-olah menjadi egresef dan ingin menyerangku. Walaupun rasa takut menebal dalam hati ini, demi kucing aku terpaksa memberanikan diri menghadapi.
Ulasan
Catat Ulasan