aku takut kehilanganmu
Bila hati ini sudah tenang sedikit barulah aku boleh menulis. Semalam 6 mei 2020 berlaku satu peristiwa yang cukup mencemaskan kami sekeluarga terutamanya diriku yang takut kehilangan kakak tersayang. Ketika itu waktu hampir tengahari yang mana segala yang berlaku di luar dugaan kami. Pagi itu entah mengapa hati ini rasa tidak sedap. Selalunya bila hatiku rasa sebegitu ada sesuatu yang akan berlaku. Berkali-kali aku cuba menafikan rasa hati yang tak sedap ini tetapi gagal. Dengan tidak semena-mena aku teringat pada kakak yang mana ingatan terhadapnya ini berlarutan hingga nak berehatpun tak senang. Hatiku seolahnya memanggil-mangg il agar aku segera memasuki bilik kakak untuk melihat keadaannya. Dengan rasa malas kerana berbaki rasa mengantuk yang masih tak kunjung hilang, aku berjalan dan menuju ke bilik kakakku yang mana suaminya baharu sahaja meninggalkan rumah ini untuk ke tempat kerja. Bila aku masuk saja kedalam biliknya, aku disambut mesra oleh kakak dan kelakuannya kali ...