Andang Julingkah Mata Kita?
Aku nak tulis kisah yang berlaku pada 14 april baru-baru ini yang berlaku di laman sosialku. Pada suatu petang 14 april itu ketika aku sibuk meronda laman sosial ini, tiba-tiba aku menerima friend request (permintaan menjadi rakan) dari seorang hamba Allah yang berUser Ak Abu Bakar Boboy. Memandangkan ada mutual friend di situ, aku pun menekan butang 'accept/ confirm dan menjadilah dia rakan fb ini. Lumrahnya apabila seseorang ad facebookku ini, aku takkan bersembang mahupun dmdm apatah lagi jika ia seorang lelaki. Aku lebih suka membiarkan ia tersimpan saja dalam senarai fb. Selang beberapa minit selepas itu aku terdengar bunyi 'tinggggg... menandakan messenger fb masuk. Aku pun segera membuka peti inbox dan memeriksa siapa gerangan yang menghantar mesej di inbox fb ini. Apabila ku baca penama yang mesej, rupanya Ak Abu Bakar Boboy (orang yang baru sahaja menghantar permintaan rakan) yang mesej aku. 'assalam... pembuka kata. 'andang julingkah mata kita?' Aku ti...