Jika Sudah Rezekimu...
Assalamualaikum. Dah lama aku menahan rasa untuk menceritakan perkara yang berlaku pada musim kita hendak menyambut aidilfitri pada tahun lepas. Acapkali aku ditahan untuk menceritakan kisah beliau ini atas dasar malu jika luahan dan ceritanya diketahui orang awam.
Setelah aku meyakinkan bahawa nama dan apa sahaja yang akan menjurus dia diketahui orang akan dirahsiakan akhirnya beliau memberiku keizinan untuk mencoretkan kisah benar lagi mengharukan yang berlaku keatas dirinya.
Sepertimana yang diketahui di negara ini, pada musim kita umat islam hendak merayakan aidilfitri, pelbagai pihak akan ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuk mereka yang berkelainan upaya. Ini termasuklah raja kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana baginda sangat bermurah hati mengurniakan anugerahaa kepada golongan yang tertentu.
Namun agak mendukacitakan pada tahun lepas, ada di antara golongan penerima yang layak tidak tersenarai di kalangan mereka yang menerima kurnia peribadi baginda itu. Mungkin nama mereka tercicir dari sistem.
Maka apabila orang ini mendapati bahawa namanya antara yang tidak tersenarai untuk menerima kurnia, merasa amat dukacita kerana dia memasang impian untuk mencukupkan keperluannya melalui kurnia baginda ini. Pelbagai usaha telah dilakukannya termasuk merayu pihak atasan namun bila sudah bukan rezekinya menerima tahun ini dia akhirnya terpaksa akur dengan ketetapan dari Allah melalui kesilapan manusia.
Dia meluahkan kepadaku rasa dukacitanya dan aku hanya mampu mendengar kerana tidak dapat membantunya. Aku hanya memberinya perangsang agar bersabar dan menerima ketetapan ini sebagai takdir. Dalam hal ini, keluarga juga merupakan orang yang penting dalam menyokong dan mendengar luahan hati..
Setiap kali mendengar berita dan siaran akhbar di media-media sosial ataupun di mana sahaja mengenai penerimaan kurnia peribadi , hatinya sering dihambat pilu dan keluargalah tempat dia melepas rasa.
Jika sudah rezeki tidak kemana... Inilah poin yang penting yang ingin aku sampaikan. Jika Allah berkehendak seseorang hamba itu mendapat kurnia, maka dia akan mendapat meskipun tidak mempunyai rezeki untuk menjunjung kurnia peribadi Kebawah Duli pada tahun ini. Itulah aku katakan tadi, kekadang anggota keluarga ini adalah support utama.
Tanpa disangka, adik beradik hamba Allah yang sepatutnya menerima kurnia namun tiada rezeki ini berbincang sesama mereka untuk menyelesaikan kesedihan adik beradik mereka.
Mereka (adik beradik) akhirnya bersetuju berkongsi dana untuk diberikan kepada si penerima kurnia agar kesedihan dan rasa terkilannya terhapus dengan segera.
Alhamdulillah berkat kerjasama dan muafakat adik beradik, akhirnya mereka berjaya mengumpul wang yang berjumlah sama dengan nilai kurnia peribadi dan diberikan kepada si penerima yang tiada rezeki menerima kurnia pada tahun lepas.
Kisah bagaimana adik beradiknya membuat kejutan memberi duit seribu yang dikumpulkan berlaku ketika mereka sekeluarga berbuka puasa di sebuah restoran.
Kerana susah untuk move on, hamba Allah ini pada mulanya enggan untuk ikut berbuka puasa di restoran kerana hatinya masih terkilan dan pilu. Pada fikirannya, di mana-mana sahaja pasti orang ramai meraikan dan membelanjakan duit kurnia termasuklah di restoran di mana mereka berbuka puasa yang mana ini boleh menambah kesedihan dan kepiluan yang sedia ada dalam hatinya. Namun adik beradik hamba Allah ini memujuk dan akhirnya dia akur dengan pujukan mereka.
Selesai menikmati juadah berbuka, abang kepada hamba Allah ini menghulurkan sampul surat kepada Hamba Allah itu dan menyuruh buka di rumah. Tetapi dia tidak menyangka itu adalah hasil dana yang dikumpulkan mereka untuk menggantikan anugeraha yang dia tidak menerima tahun lepas itu.
Agak hairan juga dia pabila sampul surat itu agak besar dan berisi helaian kertas yang agak tebal juga. tetapi disebabkan dia disuruh membuka ketika balik kerumah nanti, dia akur dengan permintaan adik beradiknya.
Apabila sampai sahaja di rumah, sampul pun dibuka dan dia terkejut bahawa di dalamnya terdapat pecahan wang dan bila dikiranya, ia terjumlah sama seperti jumlah kurnia walaupun wang telah dipecahkan seratus-seratus ringgit.
Segera dia keluar bilik mendapatkan adik beradiknya yang sedang lepak di ruang tamu menonton telivisyen. Dia bertanya dari mana wang ini dan apakah maksud semua ini. Lalu adik beradiknya menjawab, "ndapalah lai, ani sedakah kami arah mu, simpan tah duit ani dan kau jangan lagi sedih-sedih ah?" itu kata mereka.
Hamba Allah itu pun berkata lagi "kenapa biskita susah-susah membagi aku duit ani inda jua payah, aku redha sudah semua yang tejadi ani, ani takdirku sudah nda menerima". Katanya lagi.
"ndapa bang", sampuk adiknya pula, "kami ikhlas, asalkan kita inda lagi sedih. Ani kami kumpulkan adi beradi untuk kita. Ani tah saja yang kami mampu".
Dia menangis dan terharu lalu mereka berpelukan. tidak disangkanya dia mempunyai adik beradik yang baik penuh impati dan prihatin kepadanya.
Ibu bapa mereka pun tidak menduga anak-anak mereka sanggup berkorban menyenangkan hati anak mereka yang kekurangan itu.
Itulah cebisan ceritanya. Dan aku sekali lagi, amat kagum atas kerjasama dari mereka semua. Inilah salah satu keluarga yang harmoni dan bahagia.
Maka berakhirlah kesedihan hamba Allah ini walaupun tiada rezekinya menjunjung kurnia pada tahun itu. Jauh di sudut hatinya agak sedikit kesal kerana meluahkan kesedihannya kepada keluarga. Pada fikirannya, alangkah baiknya jika rasa hiba dan sedih disimpan dalam hati sahaja agar tiada siapa yang tahu bahawa dia bersedih dan berduka. Hamba Allah ini cuba menolak pemberian adik beradiknya tetapi adik beradiknya mendesak untuknya menerima dan menyimpan wang pemberian mereka untuk keperluannya.
Semoga kasih sayang adik beradik hamba Allah itu kekal sehingga ke akhir hayatnya.
Aku yang mendengar cerita darinya pun turut terharu. Alangkah bertuah dan beruntungnya jika ahli keluarga bersatu-padu. Doaku hanya satu, semoga tahun ini jika ada lagi kurnia itu, akan adalah rezekinya. Ameen....
Tidak banyak orang yang boleh menyelesaikan duka orang lain lebih-lebih lagi fasal wang ringgit. Zaman sekarang adik beradikpun banyak yang mementingkan diri sendiri namun aku kagum dengan sikap mereka yang ambil kisah dan berusaha mengembirakan anggota keluarga mereka yang kekurangan. Semoga Allah merahmati mereka dan melipatgandakan rezeki mereka adik beradik. Ameen ya Allah, ameen ya Rahim

Ulasan
Catat Ulasan