Kisahku yang lama menyepi
Lama dah aku tak kemas-kini blog ni kan? ok, banyak sebenarnya yang dah berlaku keatas diri aku sepeninggalan aku ini. Perkara yang paling besar terjadi dalam hidupku ialah aku telah selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas pakwe aku pada tahun 2017 atas desakan keluarga aku. Panjang ceritanya tetapi hari ini, aku tiada hati untuk bercerita kisah perkahwinanku itu. Ok lah, hasil perkahwinanku dengan si dia bekas pakwe yang merupakan menantu kesayangan mak ayahku aku telah dikurniai dua putera sekaligus pada tahun 2018 lalu maknanya aku melahirkan anak kembar secara pembedahan. Itupun panjang ceritanya insyaAllah jika ada kerajinan, aku akan coretkan kedua-dua peristiwa itu. Sekarang aku nak cerita pasal anak-anakku. Baru-baru ini salah seorang kembar belahan jiwaku terkena musibah yang menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad. Dahinya terpaksa dijahit kerana terhantuk bucu meja kaca. Sebagai seorang ibu yang bersusah-payah meregang nyawa melahirkan pastilah aku rasa ...