Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Demam Pun Main Kucing?

Kisah Tadi Pagi. Al kisah tadi pagi. Kebiasaannya setiap isnin, selasa, rabu, khamis dan sabtu tidurku dikejutkan oleh miscall dari seorang kawan bernama halid. Apabila dia miscall, maka itu tandanya dia sudah sampai di rumah dan mahu aku membuka pintu untuk memudahkannya masuk ke dalam rumah. Apa tidaknya, dia sering menumpang abang iparku pergi dan balik dari pusat bahagia. Tetapi pagi ini aku rasa lemah semacam. badan umpama tak boleh digerakkan, sejuk dan sakit kepala. Musim demam telah datang kepadaku setelah lama aku ditinggalkan. Sebenarnya sejak semalam lagi aku dah rasa tak sedap badan asyik baring sahaja di katil dan berbungkus selimut seluruh badan. Selera makan pun kurang, dikacau pun aku marah. Harapnya demamku ini tidaklah berpanjangan kerana bulan 12 ini aku ada merancang sesuatu. Mohon apa yang aku rancangkan akan berjalan dengan lancar tanpa apapun gangguan melanda. Berbalik kisah tadi pagi. Setelah lama aku berbaring dan membiarkan halid menunggu di luar, maka aku ...

lukanya hatiku kekasih dirampas bahagian dua (akhir)

aku terlupa hendak cerita kisah kami di mana demi cinta dan demi ingin selalu bersamanya di calling whatsApp, sanggup aku ketepi kan keluarga. Jika dulu aku amat mudah diajak keluar tapi semenjak aku dengan Alfa, mereka nak ajak keluarpun aku malas. Kalau keluar pasti teringat si Alfa. Itulah pengorbananku tapi sayang tak dihargai. Satu lagi, setelah dia memutuskan aku tanpa kata, zello ku pulak di remove dari list friendnya. Semakin kuat petanda ini yang dia sudah benci padaku dan tak ingin apa-apa berkaitan aku ada  dalam simpanannya. Dah orang tak sudi, dah orang buang kita, tak kanlah aku macam si bodoh simpan kontek dia lagi? Aku pun buka zello aku satu-satu dan delete username alfa. Usernya ada banyak, tapi hanya dua yang ada dalam listku. Usernya yang satu lagi masih ada tapi sebelum aku di remove, eloklah aku  buangkan saja konteknya ini kalau tak sakit nanti hati. Jika benar dia hendak bernikah tahun ni, harap dipermudahkanlah dan sepertimana aku kata tadi, moga-mo...

lukanya hatiku kekasih dirampas

Sudah lama aku pendamkan semua ini dan sekarang tibalah  masanya untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku yang membebankan lagi menyesakkan fikiranku. sebelum tu eloklah aku bagitau semua nama-nama yang akan menjadi penceritaanku bukan nama sebenar. Semua ini tidak lain hanyalah melindungi identiti mereka-mereka yang terlibat kerana ini adalah kisah benar.Sebenarnya aku cuba juga untuk menyimpan sahaja perkara ini sampai hujung nyawa tapi sampai bila? aku harus bercerita juga dan semoga dengannya beban ini akan terlepas dari membebani jiwa dan hatiku. Pada tahun lepas dalam akhir julai, aku telah menerima teks whatsApp dari seseorang. Nombornya tidak aku kenali dan pastinya nombor itu adalah asing (bukan local number). Teksnya ringkas sahaja hanya "test"... Menerima whatsApp sedemikian entah kenapa hatiku tergerak  untuk membalas whatsApp yang dihantar. Untuk pengetahuan, aku jarang sekali membalas teks orang terlebih lagi teks yang aku tidak kenali. Tetapi aku tak t...