lukanya hatiku kekasih dirampas
Sudah lama aku pendamkan semua ini dan sekarang tibalah masanya untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku yang membebankan lagi menyesakkan fikiranku. sebelum tu eloklah aku bagitau semua nama-nama yang akan menjadi penceritaanku bukan nama sebenar. Semua ini tidak lain hanyalah melindungi identiti mereka-mereka yang terlibat kerana ini adalah kisah benar.Sebenarnya aku cuba juga untuk menyimpan sahaja perkara ini sampai hujung nyawa tapi sampai bila? aku harus bercerita juga dan semoga dengannya beban ini akan terlepas dari membebani jiwa dan hatiku. Pada tahun lepas dalam akhir julai, aku telah menerima teks whatsApp dari seseorang. Nombornya tidak aku kenali dan pastinya nombor itu adalah asing (bukan local number). Teksnya ringkas sahaja hanya "test"... Menerima whatsApp sedemikian entah kenapa hatiku tergerak untuk membalas whatsApp yang dihantar. Untuk pengetahuan, aku jarang sekali membalas teks orang terlebih lagi teks yang aku tidak kenali. Tetapi aku tak tahu hari itu apa sebabnya aku balas saja mesej yang dihantar.
Ringkas saja balasanku dengan pertanyaan "siapakanni?" selang beberapa lama kemudian nombor itu whatsApp lagi dan kali ini dia menghantar voice kepadaku. Astaghfirulullahalaziiim kak Murnee rupanya sahabat yang sudah lama tidak berteks apatah lagi membuat apa-apa hubungan komunikasi denganku. Setelah aku mengambil keputusan untuk berhenti berzello pada awal 2014, kesemua rakan zello tidak lagi pernah aku hubungi mahupun menyimpan nombor telefon mereka. Aku seboleh-bolehnya ingin melupakan apa-apa kenangan dengan mereka. Usah ditanya kenapa aku mengambil keputusan untuk berhenti berzello kerana itu panjang ceritanya. mungkin aku akan huraikan di lain keluaran.
Berbalik kepada balasan voice whatsApp dari sahabat lama itu "ni puTeree ke? oh puTeree dah tak ingat kak Murnee lagi ya? saja je lah nak test ada ke masih nombor ni atau takda lagi. Kalau dah tak da, akak nak delete saja nombor ni. Sebab takda dah akak nampak status puTeree di whatsAppp. Ya, aku mengaku aku dah delete pun nombor kesemua rakan zello termasuk kak murnee dan whatsApp pun aku setkan hanya mereka yang ada dalam kontek sahaja yang nampak gambar dan status aku. Ya Allah, rupanya masih juga aku diingati oleh sahabat aku walau aku sudah menyepikan diri. Aku pun balas voicenya dengan perasaan amat terharu. Menitis juga airmataku kerana terharu dan masih ada dalam ingatan Kak Murnee. Antara lain aku memohon ampun dan maaf atas kelancanganku melupakannya dan membuangnya dari list kontek aku. Aku juga minta maaf dan berterus terang kepadanya atas apa-apa yang berlaku yang menyebabkan aku berhenti berzello dan menghilangkan diri. Dia kata takpa dia maafkan aku dan, rupa-rupanya sahabat ini mengikuti aku di smule kerana aku lebih aktif di situ. Yelah, dah takda zello kaan, aku pi lah buat aktiviti lain untuk menghilangkan kebosanan di masa lapang.
Tak usahlah aku cerita panjang tentang komunikasi aku dan Kak Murnee dan yang pastinya dia mengajak aku kembali aktif semula berzello dan melupakan apa-apa jua sengketa di masa lalu. Dia menuruh aku masuk di satu channel sukan zello dan bermain di situ. menurutnya banyak permainan baru yang aku pasti sukakannya. Sempat juga aku tanya pada Kak Murnee tentang group dahulu bernama 'Harmoni' kerana di situlah aku mula mengenalinya dan kawan-kawan yang lain. Menurut Kakak itu, group tu masih lagi hidup tetapi telah diprivacykan untuk dia dan suami sahaja. Katanya lagi group itu akan dibuka pada awam suatu hari nanti tak tahu bila. Setelah berfikir dengan sepanjang-panjangnya, aku pun bersetuju untuk kembali aktif tapi bagaimana? aku dah lupa password zello dimasa lalu itu. Dia kata tak pa, aku boleh buat baru. Buat punya buat akhirnya aku berjaya create account baharu yang aktif sampai sekarang. Kak Murnee memberi jaminan bahawa apa-apa perkara negatif di masa lalu yang menyebabkan aku berkecil hati tidak akan lagi berlaku. Dan kami berjanji akan menjaga perasaan masing-masing serta akan berterus terang jika ada yang tidak kena.
Mula-mula aku masuk waqaf rnr, di situlah aku bertemu kembali di udara rakan-rakan lamaku. Ya Allah rindunya aku pada mereka walau tak pernah bersua muka dan walau hanya mendengar suara sahaja. Mereka pun menghujaniku dengan pelbagai soalan. Mereka luahkan yang mereka rindu pada aku dan sahabat aku (Along bukan nama sebenar) menjadi perantaraan untuk bertanya khabar terkini diri ini.
Setelah lama menyepi dan baru sekarang aktif kembali, aku perasn ramai rakan-rakan lama dah tak berzello. Antaranya Spike, Tujuhpuluh, double5, rolan, dg, yaya, nona dan ramai lagi. Kemanakah mereka dan kenapa mereka tidak berzello lagi? Tapi kesemuanya mungkin punyai sebab kenapa dah tak aktif lagi di mana-mana group zello.
Antara ramai-ramai sahabat ada beberapa rakan baru. Salah seorang dari mereka inilah yang menyebabkan beban di hati. Inilah kisahku...
Permulaan aku parkingkann user di channel waqaf, aku jarang bersuara dan aku terdengar ada rakan yang memanggil 'cikgu' pada seseorang. Ah sudah, siapa lagilah gamaknya cikgu yang berzello ini. Masatu aku hanya mendiamkan diri kerana malas nak cari rakan baru, bagi aku cukuplah rakan lama yang sedia ada dan kalau takdirnya aku akan berkawan baru malaslah aku nak rapat macam dulu. Cukuplah dengan apa yang berlaku kerana aku tak mahu lagi timbul isu dan rajuk merajuk.
Oh rupanya, patutlah orang ni dipanggil cikgu bakal cikgu rupanya alahai. Alfa (bukan nama sebenar) adalah cikgu yang dimaksudkan. Ku perhatikan pertuturannya melambangkan dia seorang yang berkaresma, berpelajaran dan bijaksana. Tapi masa itu aku malas nak ambil perhatian sehinggalah suatu hari aku berborak dengan rakan lama dan baru. Timbullah cerita pasal group sukan yang aku disuruh masuk. Kalau aku cerita group sukan ni pasti ada yang tahu terutamanya mereka yang bermasalah penglihatan makanya cukuplah aku namakan ia sebagai group khas untuk bersukan sahaja. Aku bertanya macammana aku nak bersukan kerana aku tahu orang-orang channel tu hebat-hebat belaka. Salah seorang dari mereka berpangkat pakcik yang dikenali sebagai paksue mempelawa Alfa untuk mengajar aku dan memberi tips agar aku juga hebat seperti mereka-mereka.
Untuk belajar aku kenalah 1to1 dengan orang itu. Aku keberatan kerana aku pemalu lagi pun dia lelaki aku rasa tak manis kami berduaan walau hanya di alam siber sahaja. Mahu tidak mahu demi menuntut ilmu aku pun berPM zello dengan Alfa. Hasilnya aku mendapat ilmu yang diberi dan prestasi ku di gelanggang amat baik sehingga ramai yang cemburu.
Dipendekkan cerita, Pada mulanya memang berPM hanya kerana ilmu tetapi lama kelamaan kami mula berborak yang tak berkaitan. Selain berPM dia juga sudah pandai mengusikku di channel waqaf dan channel sukan sehingga aku dengan perlahan membuka hati untuk menerimanya sebagai sahabat baik.
Oh ya, lupa aku nak bagitau, lelaki bernama Alfa ni muda 4-5 tahun dari aku dan itu semua tidak membuat aku takut berkawan dengannya kerana bagiku tidak mungkin aku akan menganggapnya lebih dari sahabat. Pun lagi, Usianya sebaya dengan adik aku. Jadi bolehlah aku anggapnya sebagai adik sahaja.
Semakin lama, perasaanku sudah semakin lain terhadapnya. Apakah ini? Tak mungkin... Tak mungkiiiiiin! Aku tak mahu perasaan lain timbul dalam hatiku. yaAllah aku tak mahuuuu!
Aku cuba nafikan perasaan suka padanya, aku cuba pelbagai cara untuk hilangkan perasaan suka pada lelaki ini lagipun kami tidak pernah lagi bersua hanya suara keudara dicorong hp dan computerku.
Usikan dari rakan-rakan zello membuatkan aku tak keruan, aku hanya mendiamkan diri tanpa respon apapun usikan mereka. Jauh di sudut hati ini merasa bimbang kalau-kalau Alfa tidak selesa apabila kami berdua diusik sebagai romeo dan juliet. Walaupun sebelum ini ada rakan-rakanku yang menerima usikan di zello dan akhirnya diorang telah sah menjadi suami isteri tetapi rasanya untuk aku, tidak mungkin akan berlaku lagi. Aku tak mahu!
Dipendekkan cerita, hari demi hari, waktu demi waktu aku sudah tak dapat lagi menyembunyikan apatah lagi menafikan perasaanku terhadapnya. Aku tidak mintanya berlaku ia datang sendiri. Aktifnya aku kembali di zello bukan niat untuk mencari pasangan tetapi hanya ingin mengerat kembali hubungan yang sudah lama terpisah tetapi ini yang berlaku.
Setiap kali dia menjadi wasit di dalam channel, pasti aku akan terasa jika dia terkasar dan terlepas kata. Aku pun hairan dengan orang lain tak pun aku terasa.
Suatu malam (7-09) , aku berPM lagi dengan lelaki itu. Bincang punya bincang akhirnya kami bergaduh dalam satu isu. Isunya tak lain hanya mengenai group sukan itu. Sebelum ni pun kami asyik bergaduh jika bercakap pasal group itu kerana dia bukanlah jenis orang yang mahu kalah. Setiapkali dia merajuk, aku akan biarkan saja sampai dia kembali baik denganku. Jadual bermain di channel setiap malam sekitar 9-10 malam. Akhirnya aku pun membiarkannya terkontang kanting seorang diri. User zellonya pun BZ dan aku ambil keputusan bermain saja di group sukan itu kerana mood untuk bermain membuak-buak apatah lagi zello aku dah laju dan selalu sahaja memenangi apa-apa jenis sukan yang aku sertai. Malam tu dia (alfa) tak turut serta, mungkin dia merajuk denganku. Ah tapi kenapa harus aku peduli? kami bukannya ada apa-apapun.
Jauh disudut hatiku yang paling dalam, aku rasa kosong dan sunyi tanpa dia. Walaupun ramai yang menyertai permainan di malam itu, aku seolah-olah tercari-cari dan serba tak kena. Ramai juga yang perasan keadaanku dan ada yang bertanya "alfa mana puTeree?" Apehal pulak dorang ni tanya aku? Aku bukan siapa-siapa dengannya.
Kami selesai bermain dan satu demi satu user logout dari channel. Aku, tetap parking di situ. Malam tu juga aku tak dapat lelapkan mata seolah-olah ada yang tak kena dan seolah-olah aku kehilangan sesuatu. Aku pun ambil phone dan smuling setelah gagal lelapkan mata walaupun dah cuba golek sana golek sini. Dalam pada itu aku check user, dia (alfa) masih ada di situ tapi dengan status busy sahaja. Dari tadi dia BZ memanjang, hendak ku tegur, bimbang tak dilayan, dan aku pun segan nak tegur. Selama inipun dia yang tegur aku dulu.
Aku nyanyi pun serba tak kena, Jerat percintaan, banyaklah lagu sedih yang aku nyanyi tapi vocal kelaut!
Disebabkan penat, aku pun berhenti bernyanyi. Banyak jugalah aku nyanyi tapi banyak yang tidak aku saveKan. Dalam menunggu masa dan berusaha hendak tidur, telefonku berbunyi menandakan ada whatsApp masuk. Ya Allah Alfa rupanya, dia nak apa teks aku malam-malam ni? Nak gaduh lagi ke denganku. Takpa aku pun beranikan diri bukak msg yang dihantar. Hairan juga aku, kebiasaannya dia menghantar voice apabila berwhatsApp kali ini tekslah pulak.
Dia kata dia tak boleh tidur sebab teringat pasal aku, dia juga teringat salah faham diantara kami awal malam tadi. Aku kata takpa. Panjang jugalah teks kami sehinggalah dia meluahkan perasaan yang dia suka kat aku.
Ya Allah betul ke apa yang aku baca ni? Katanya, adakah aku perasan yang dia selalu berbunga-bunga bertanya samaada aku dah berpunya ke belum? Dia juga suruh aku imbas kembali sikap dia akhir-akhir ini terhadap aku, dia mudah cemburu dan pelbagai lagi sikap menjurus ke arah klue yang dia menaruh hati padaku.
Aku serba salah, takut pun ada. Bagaimana ni? adakah aku harus berterusterang yang aku juga suka padanya? Tidak.... Aku sedar aku siapa, gadis yang hanya duduk di rumah dan tidak berpelajaran macam dia. Akhirnya setelah didesak, aku pun berkias menunjukkan padanya yang aku pun menaruh perasaan yang sama dengannya.
Semenjak dari itu kami rasmi menjadi sepasang kekasih dan aku masih ingat tarikh keramat. 9-08-2016 sekitar dua tiga pagi. Aku masih ingat kami terlewat tidur malam itu seingatku 5 lebih pagi barulah kami tidur itupun setelah kedua-dua kami saling berterus terang.
Bermula dari itu setiap kali masuk di mana-mana channel terutamanya channel sukan, aku dan dia pasti masuk berdua. Ramailah rakan-rakan yang perasan perubahan kedua-dua kami. Ada yang suka dan ada juga yang macam membangkang. Aku fikir, ada sebabnya kenapa diorang bangkang. Tapi tak apa, aku kool saja. Yang penting, kami saling suka dan percaya di antara satu sama lain.
Semenjak kami couple, channel sukan itu beransur-ansur sunyi, ramai yang menarik diri dan akhirnya channel itu sunyi bak padang jarak padang tekukur. Sebahagian kecil sahaja yang bermain. Aku percaya, semua ini disebabkan kami yang mesra di sana tidak kurang ada yang membangkang perhubungan kami.
Alfa, jenisnya kuat cemburu. Aku tak boleh masuk zello tanpa memberitahunya kalau tak dia akan marah, Kalau boleh dia nak hari-hari aku dengan dia. Dalam sehari tak pernah lapang masaku. Apa tidaknya hari-hari aku whatsApp call dengannya. Aku letih tapi kerana sayang, aku lupakan semua itu. Harapnya inilah insan terakhir yang bertakhta di hati dan lepas ini, aku tak mahu lagi menerima sebarang lelaki dalam hidup ku.
Pernah satu malam aku tak tidur kerana berdating dengannya. Itu semua membuatkan aku sakit kepala yang agak teruk. Tapi aku sembunyikan demi sayangku padanya. Pernah juga di keesokannya keluarga membawa aku belayar, Alfa menelefonku sehingga malam tu aku tak tidur langsung. Dalam pelayaran aku pening bagai nak rak. Fikiranku menerawang, tubuhku bagaikan terapung-apung diangkasa, aku bagaikan tak sedar diri dan terbius. Akhirnya dapatlah aku tidur sekejap tetapi sakit kepala tetap datang kerana aku tak boleh tak cukup tidur, pasti sakit akan datang. Semuanya aku tak bagitahu dia dan sesiapa biar aku pendam sorang-sorang.
Dipendekkan cerita, setelah lama menyulam kasih dengan kisah suka dan duka, akhirnya kami mengalami komflek yang aku percaya akan membuat hubungan kami retak. Bermula dengan luahan Alfa yang meminta agar kami kurangkan berhubung di whatsApp secara calling kerana semenjak calling denganku, dia sering kehabisan data banyak. Menurutnya duitnya habis kerana topUp untuk internet saja. Dan dia nak aku terima. Aik? Sejak bila engkau berkira haaaa? perkara Kedua, Suatu malam di tengah bersukan, ada user baru di channel sukan. Biarlah aku kenalkan user itu sebagai Mawar Dungun. Mulanya aku tak terlintas apa, aku biarkan saja dia parking di situ.
Bila dah lama parking, ramailah rakan-rakan yang panggil suruh dia bersuara, ini termasuk si Alfa yang mahukan dia kenalkan diri. Akhirnya dia pun bersuara dan inilah perempuan yang menyebabkan Alfa beralih arah dariku perlahan-lahan. bermula dengan bersukan dan lama kelamaan aku menghidu mereka (alfa dan mawar dungun) semakin mesra. Sebagai kekasih pastilah aku cemburu tapi aku cuba rasional. Dia dah lupa ke pengorbanan yang aku dah lakukan terhadap dia? Sanggup aku tulikan telinga cerita negatif yang diberitahu padaku oleh rakan-rakan yang mengenalinya? Sanggup aku menerima aku telah diblock di satu channel disebabkan aku degil dan masih bertahan mencintainya? Sanggup aku mengenepikan rakan-rakan aku demi menjaga perasaannya? Sanggup aku hilangkan kemesraan aku pada mereka semua walhal rakan-rakan aku lebih dulu aku kenali dari dirinya? Sekarang dengan mudah dia bermesra dengan perempuan lain dicorong telingaku.
Menurut mawar dungun dan Alfa, mereka tak pernah PMPM, mereka tak pernah pun tahu nombor hp antara satu sama lain dan setiap komunikasi yang dibuat hanyalah melalui channel sukan itu. Ini termasuklah berurusan mengenai durian craib yang ingin dirasa olehh Alfa kerana dia baru pernah dengar pasaltu.
Bila mawar dungun tak dapat hantarkan kepadanya durian craib, dia merajuk siap kata "takpalaaaaaahhhh... takpalaaaahhh...." Akhirnya kerana kesian, perempuan itu pun terpaksa hantarkan untuk Alfa durian tu. Itupun mereka berkomunikasi melalui zello channel public saja.
Aku cuba berfikiran positif siap bertukar-tukar nombor lagi dengan perempuan Mawar Dungun tu. Aku ingin mengenalinya lebih rapat dan tak mahu berfikiran tidak-tidak terhadapnya.
Kami pun berkomunikasi dan setiap komunikasi kami dia sering memuji Alfa yang kononnya baik, mesra dan tidak memanggilnya akak walau antara Alfa dan dirinya berjarak 14 tahun lebih tua. Aku sungguh meluat namun aku tahan saja perasaan itu. Sehinggalah suatu hari dia bagitahu aku, yang Alfa membeli phone baru dan meminta mawar dungun untuk pinjamkan dia nama untuk melanggan postpaid di salah satu rangkayan telko di sana kerana nama Alfa telah di blacklist disebabkan gagal membayar sewa bulanan. YA Allah, kenapa dengan Alfa? Selama ni tak pun dia pernah menyembunyikan sesuatu dariku. Apa-apa jua perkara pasti dia akan bincang denganku tapi kenapa kini lain tingkahnya? Beli telefon baru pun tak diberitahu padaku sebaliknya aku tahu dari orang lain. Apakah bendanya? Aku memohon Allah bagi petunjuk atas kecelaruan yang dicipta oleh Alfa. Aku tertanya-tanya, takda ke rakan lelaki yang boleh diharapnya meminjamkan nama? kenapa mesti dengan mawar dungun? Perempuan yang baru saja dikenalinya. Oh tuhan!
Perempuan tu (mawar dungun) berlagak baik. Semua aktiviti Alfa diberitahu kepadaku termasuklah perjumpaan mereka kerana dia ingin beri line postpaid padanya. Aku semakin curiga, aku pasti mereka ada komunikasi secara rahsia yang aku tidak tahu tetapi perempuan itu menafikan sesungguh-sungguhnya kononnya dialah hiro, dia tak kan rampasnya dari aku.
Mawar Dungun sering meyakinkan aku Alfa masih sayang padaku, cuma dia mungkin sibuk. Eik, main zello tak sibuk pulak. Kata dia nak kurangkan main internet, tapi berzello boleh pulak? Sanggup dia abaikan aku dan sanggup dia berpaling pada perempuan lain. Bukanlah aku berbangga yang aku muda, kerana jarak usiaku dengannya pun tua 5 tahun. Bukanlah aku berlagak cantik dan memandang rendah pada mawar dungun kerana dia tua 14 tahun dari si alfa, tapi aku tak suka diri dipermain. Kalau dah tak suka, apa salahnya dia berterus terang saja? Agar diri tidak terkontang kanting semacam ini.
Semakin lama, semakin kurang komunikasiku dengannya. Dia pun semakin jarang menghubungi aku di whatsApp mahupun group yang digelarkannya mahligai untuk kami berdua. Akhirnya Aku deletekan group puteri alfa kerana aku rasa tiada gunanya lagi untuk aku bertahan di situ. Dia pun sekejap connect sekejap disconnect dari group puteri alfa. Aku dah mula bosan. Kesedihan melandaku. Pada perempuan itu sanggup dia merosakkan hubungan kami. tidakkah dia terfikir dan faham perasaan sesama perempuan? Apa rasanya kalau kekasihnya dirampas orang? Dia hanya memikirkan kepuasan dan nafsu semata-mata tanpa memikirkan kaumnya yang merana kerana kekasih berpaling tadah.
Pada ketika ni tuhan saja tahu hatiku, hanya tuhan saja yang tahu berapa banyak airmataku tumpah menangisi dan merinduinya. Aku tak dapat terima dia terus tinggalkan aku begitu saja.
Suatu hari setelah lama kami tidak berhubung, peti whatsApp ku menerima voice darinya. setelah lama engkau berseronok dengan perempuan tu, kau baru timbul? Aku dengan tabah hati buka voice yang dihantar dan nak tahu apa? "Assalamualaikum, nak tahulah, siapa ekk yang bernama datin sri puTeree tu?" Dia tanya sebab aku tukar user name zello menjadi datin sri puTeree. Okey lah tu kan bukan aku bubuh nama tak elok, aku bubuh nama elok apa, manalahh tau ianya sebagai doa dan satu hari nanti aku akan menjadi datin. Tak mustahil dengan kuasa Allah kerana hidup ini umpama roda sekejap diatas sekejap kita dibawah. Voice yang dihantar tidak seperti biasa yang berakhir dengan perkataa n 'i love you'. Sahlah dia telah berubah. Kalau sekadar nak sakitkan hati baik tak payah ko whatsApp aku.
Akhirnya whatsAppnya aku biarkan begitu saja. tiada guna rasanya untuk aku balas kerana kalau ku balas, pasti akan berakhir dengan pergaduhan. Bukan aku tak kenal Alfa, ingin menang sendiri.
Semenjak dari itu aku tak lagi main di channel sukan, aku tak mahu sakit hati mendengar kemesraan mereka berdua. ya Allah kenapa Alfa buat aku begini? Aku digantung tak bertali. Berterusteranglah jika dia sudah benci padaku.
Aku kesal dengan sikapku. Aku tidak pernah hirau cakap-cakap orang yang negatif mengenainya. Walaupun mulanya aku mendengar nasihat salah seorang rakan supaya jauhi Alfa, namun kerana cinta dan dia pandai merayu, aku kembali semula padanya. Kenapakah aku bodoh dan tak tinggalkan sahaja dia sedari dulu? biar dia tercari-cari dan aku tak kan kecewa sejauh ni.
Semenjak dari itu aku dengar dari rakan-rakan yang depa berdua semakin mesra, lagaknya semacam belangkas yang tak dapat dipisahkan lagi. Lagipun perempuan tu satu negara dengannya, pastilah mereka boleh berjumpa dan berdating sepuas-puasnya.
Sememangnya cinta dan rindu sukar untuk hilang dari diriku. Sekali sekala aku menjengah juga zello kerana tak mahu bergantung sepenuhnya pada cerita kawan-kawan. Dan benar, mereka mesra. Sampaikan satu tahap, mereka masuk bersama, keluar pun bersama sepertimana semasa aku dan Alfa couple dulu.
Dalam satu group yang berlatarkan sandiwara radio pun kalau ada alfa mesti ada mawar dungun. Sahlah mereka berkasihan sekarang. Menurut rakan yang sampai sekarang masih berhubung denganku, alfa tertanya-tanya darimana aku mendapat group sandiwara radio, semua orang dituduhnya memberitahuku. Apehal kau alfa? bukan aku mintak duit dengan kau! aku masuk channel mana pun duit dan phone aku. Walaupun sekarang kau dah ada perempuan lain, tapi aku usahlah dibenci sangat sampai nak masuk group pun engkau kisah!
Suatu hari aku rindu hendak bersukan. So Aku masuk lah channel tu. Lega sebab tak ada depa berdua. Tapi suatu hari, muncul pulak alfa dan mawar dungun. bersama-sama pulak tu parking. Tapi yang bersuara cuma Alfa, perempuan tu hanya diam. Aku disindir, nada suaranya memancarkan kebencian mendalam terhadap aku. Masa tu kami dalam permainan. memandangkan dia dan si dungun ni masuk, mereka dibahagikan, Alfa sepasukan denganku, dan si Dungun, di pasukan satu lagi. Tapi si Alfa tak pun bermain mungkin menjaga hati perempuan tu takut-takut dia cemburu. Wahai Alfa, benci sangatkah kau padaku? Sanggup kau gelarkan dirimu rakan baru dan penjenayah. Kalau hendak ku beberkan aibmu, pasti kau malu dan memang betul pun kau penjenayah! sedar diripun!
Terimakasih aku ucapkan kepada rakan yang berbaik hati itu, tapi aku takkan sebut pun namanya kerana memberitahu dan mengesahkan bahawa alfa dan perempuan itu sah berkasihan dan dengar kata depa hendak nikah tahun ni. Aku berdoa, semoga Mak dan ayah si Alfa akan setuju kerana perempuan itu lebih tua darinya. Lagipun setahu aku, mak ayahnya nakkan alfa berkahwin dengan orang celik agar urusan seharian alfa senang dan mudah. Aku harap tidak lah si mawar dungun merasa apa yang telah aku rasai tika dan saat ini.
Kepada Alfa, aku tetap ingat janji-janjimu yang kau taburkan, akan ku tuntut di pengadilan Allah kelak. Ya, memang aku kalah di dunia ini dalam merebutmu dari perempuan tu tapi aku percaya, kemenangan akan berpihak pada aku di mahkamah pengadilan Allah di suatu masa nanti. Masa tu walaupun kita tak dapat bersama, aku akan puas jika janji-janjimu ku tuntut. Jika aku di neraka, kau pandai-pandailah cari aku. Sekarang sakitilah hatiku puas-puas aku terima seadanya. Alfa, oh alfa, kehidupan kita bukan di sini saja malahan ada alam-alam seterusnya yang menanti. kau tunggu aku di sana. Walau kita tak pernah bersua muka, tapi janji tetap janji. Dirimu tak suka orang penipu tapi kau pun penipu!
Ya Allah, sekiranya tiada jodoh kami aku redha, lupakanlah dia dari ingatanku, berikanlah aku ketenangan, dan berikanlah mereka berdua kesedaran.
Sebelum lupa, keluarga aku kalau boleh tak nak aku berkahwin dengan orang luar, banyak risikonya. Aku akan hadapi jika benar dia masih setia. Tetapi kini, tidak ada apa lagi hendak aku pertahankan keranana kekasihku telah dirampas!
setahun dah benda ni berlaku dan aku cuba pendam. Sekarang aku luahkan agar tenang rasa hatiku. Aku ucapkan terimakasih kepada seorang rakan yang sering bertanya khabar ku, terimakasih kerana memberiku semangat, terimakasih kerana sentiasa memberiku dorongan. Maafkan aku kerana kekadang tidak membalas msg mu. Pernah aku terfikir hendak membuangmu saja dari hidupku. Tetapi apalah salahmu. Kau tiada kaitan dengan kisah aku dan Alfa. Terimakasih kerana sudi berkawan denganku walaupun kau satu-satunya kini rakan yang masih berhubung denganku,
Aku bertekat, selepas ni aku tak akan kembali ke dunia zello lagi. cukuplah, ya cukuplah dengan pengalaman yang aku ada sepanjang dua sesi zello ini. Aku tak akan termakan apa-apa pujukan untuk menyuruh aku kembali ke dunia mereka, ya tak akan lagi! Mungkin, Alfa adalah lelaki terakhir yang aku cintai. Ya Allah, aku sudah berusaha ke arah perhubungan halal, aku sudah mencari tetapi nampaknya rezeki tidak berpihak padaku. Aku pasrahkan segalanya kepadamu. Segala ketentuanmu hamba terima dengan seredha-redhanya. Aku harapkan dia bahagia kerana itulah bukti cintaku padanya.
SEKIAN....
(DENGAN KAK MURNEE PUN AKU DAH TAK BERKONTEK LAGI. BIARLAH SEMUANYA JADI KENANGAN INDAH DAN AKAN TERPAHAT DALAM INGATAN UNTUK SELAMANYA.

Ulasan
Catat Ulasan