Catatan

Kakak sawan lagi.

 Walaupun masih terkejut aku ingin sekali menceritakan satu tragedi yang tidak disangka yang berlaku pada tengahari tadi. Mungkin anda masih ingat akan peristiwa yang pernah aku ceritakan di ruangan ini mengenai kakak kesayangan aku yang pengsan kerana terjatuh di dapur pada sekitar Mei yang lalu dan hari ini, tragedi itu berulang kembali. Inilah kisahnya... Pada waktu tengahari kami seperti biasa menikmati juadah. Kali ini kami hanya makan nasi bungkus saja kerana masing-masing malas hendak memasak. Adalah yang rajin memasak ayam gril. Sementara menunggu ayam dibakar siap masak, kami makan nasi bungkus terlebih dahulu. Akan tetapi entah mengapa hatiku ini rasa tak sedap pada tengahari itu sehingga hilang seleraku untuk menikmati hidangan walaupun aku terasa lapar. Aku abaikan perasaan itu kerana sangkaanku ia hanya perasaan bukan-bukan yang tidak harus dilayan. Masa itu bukan aku sahaja yang ada bersama kakak di ruang tamu tetapi kami ditemani oleh mama dan seorang anak kecil. Aku...

aku fobia

 Dulu aku gemar lepak dan menginap di rumah orang. Bagiku itulah masa yang paling seronok kerana dapat berkumpul dengan orang yang disukai. Rumah sanak saudara, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang serasi bagiku, aku akan menginap di rumah mereka barang sehari dua kadangkala sampai seminggu pun ada. Ini adalah kejadian yang benar-benar berlaku sehingga membuatkan aku trauma pada panahan lampu. Begini kisahnya... Pada pengakhir 90-an, aku menginap di rumah salah seorang yang agak serasi dan rapat denganku. acap kali juga aku melepak dan tidak ketinggalan menginap di rumahnya. Orang yang tempat aku menginap ini sekepala denganku. Kami boleh berbual apa-apa saja jenis topik sehingga tidak terasa masa berlalu. Sebelum tidur pun kami berborak hingga terlelap. Mungkin aku langkah kiri pada hari itu. Suatu hari ketika aku menginap di rumahnya, aku dikejutkan dengan kejadian yang menakutkan dan tidak pernah aku bayangkan akan mengalaminya sendiri. Selama ini hanya kedengaran di televisyen d...

Caknalah...

Kisah ini berlaku 4-5 tahun yang lalu ketika aku mengikuti keluarga melancong ke Kota Kinabalu Sabah. Ketika itu musim cuti persekolahan tetapi bukan penghujung tahun. Aku pun tidak ingat bulan keberapa tetapi ia adalah penggal kedua akhir sebelum cuti panjang bulan Disember. Ketika itu rombongan keluargaku tidak lengkap kerana kakak dan suami melancong ke tempat lain manakala adik bongsuku enggan ikut kerana tidak dapat cuti. Rombongan  itu hanya disertai bapa, mama, adik perempuan dan aku. Pada mulanya semuanya berjalan baik dan lancar. Kereta pun tidak panjang kerana kebiasaannya kereta akan berderet semasa cuti penghujung tahun. Kami tidak perlu lama untuk sampai ke destinasi tujuan. Sampai sahaja di destinasi, kereta kami pun memandu ke arah sebuah hotel yang mana kami akan menginap dua tiga hari ini. Setelah menguruskan apa yang patut, berehat seketika, kami pun meneruskan rancangan ke sebuah shopping mall yang bernama 1 Borneo. Bagi rakan-rakan fb khususnya pelancong Brunei ...

jangan dibuat spekulasi luahan hatiku ini

 Hari ini (12 disember 2020) adalah ulangtahun ke 8 pernikahan insan yang paling aku sayangi di dunia ini iaitu kakak aku bersama pilihan hatinya iaitu abang ipar aku. Dan pada setiap tahun juga mereka suami isteri tidak pernah lupa meraikan ulangtahun pernikahan mereka dengan pelbagai cara. Pada tahun ini (2020), mereka akan meraikan ulangtahun pernikahan mereka dengan menyewa hotel. Walaupun murah itu tidak jadi masalah buat mereka janji mereka bahagia. Nak menyewa hotel mahal, keadaan kewangan mereka tidak mengizinkan untuk itu. Bagi mereka, cukuplah ia disambut dengan bersederhana sahaja. Selain bermalam di hotel, mereka juga akan berjalan-jalan dan menikmati kebahagiaan di luar. Aku juga turut diajak untuk ikut serta bermalam di hotel. Sebabnya ialah bilik hotel yang disewa itu terpaksa berkongsi bilik air dan juga berkongsi dapur dengan penginap lain. Ini menyebabkan kakak aku merasa kurang yakin dan tidak selamat kerana bilik air dan dapur berkongsi. Justeru itu dia memintak...

Oku Membuli OKU

 Walaupun kisah ini berlaku bertahun lamanya, namun aku masih merasa geram apabila teringatkannya. Ianya berlaku sekitar tahun 2008 ketika aku belajar di salah sebuah institusi di negara ini. Aku bersama rakan senasib ditempatkan dalam satu kelas agar senang kami dipantau dan sebagainya. Bukanlah aku hendak bercerita tentang aib sesiapa tetapi semoga kisah ini sama-sama kita ambil pengajarannya. Buli, ya ia berlaku dalam masyarakat kita. Kebiasaannya buli dilakukan oleh orang kuat terhadap orang yang lemah dan tidak mampu melawan. Tetapi buli ini berlaku di kalangan rakan senasib, ikuti ceritaku. Pada suatu hari di kala rehat menjelang tiba, seperti biasa kami dalam satu kelas berborak-borak pelbagai topik dan bergurau senda sambil menikmati minuman dan makanan yang disediakan mahupun yang dibawa dari rumah.. Di kalangan kami itu ada seorang insan bukan sahaja mengalami kecacatan mata tetapi dia adalah seorang yang lurus bendul. Tak perlulah aku nyatakan nama sebenar cukuplah sahaj...

Didikan Bapa

  Assalamualaikum . Harapnya janganlah ada di kalangan rakan-rakan fb atau sesiapa saja membuat spikulasi akan cerita yang bakal aku nukilkan sebentar lagi.

Anakku Abang Halim Royo

 Dalam dua tiga hari ini ku perhatikan kucing kesayanganku yang aku beri nama sebagai Abang Halim Royo agak sedikit berubah perangainya. Sebelum ini Abang Halim Royo ini tidak pernah bersikap membuang najis di luar kotak najisnya danselalu duduk di dalam kotak najis. Tidak cukup dengan buang najis di luar kotak, najisnya juga aku dapati tidak keras seperti biasa. Pada mulanya aku hanya membiarkan sahaja kerana sangkaanku, ia hanya sementara dan lumrah bagi seekor anak kucing. Nanti akan sembuhlah ia dengan sendiri. Satu lagi perubahannya yang aku perasan, dia kerap memuntahkan makanan yang baru dimakan. Jika sekali aku tak kisah, ini sudah tiga hari aku dapati kucing kesayanganku ini berkeadaan begitu. Namun tadi apabila dia kerap muntah dan asyik buang najis di luar kotak pasirnya aku jadi risau. Aku berkira-kira untuk membawanya ke klinik haiwan namun terbantut kerana memikirkan hari jumaat yang mana pada hari ini premis di negara ini hanya dibuka hingga hendak masuk solat jumaat...