Anakku Abang Halim Royo
Dalam dua tiga hari ini ku perhatikan kucing kesayanganku yang aku beri nama sebagai Abang Halim Royo agak sedikit berubah perangainya. Sebelum ini Abang Halim Royo ini tidak pernah bersikap membuang najis di luar kotak najisnya danselalu duduk di dalam kotak najis. Tidak cukup dengan buang najis di luar kotak, najisnya juga aku dapati tidak keras seperti biasa.
Pada mulanya aku hanya membiarkan sahaja kerana sangkaanku, ia hanya sementara dan lumrah bagi seekor anak kucing. Nanti akan sembuhlah ia dengan sendiri. Satu lagi perubahannya yang aku perasan, dia kerap memuntahkan makanan yang baru dimakan. Jika sekali aku tak kisah, ini sudah tiga hari aku dapati kucing kesayanganku ini berkeadaan begitu.
Namun tadi apabila dia kerap muntah dan asyik buang najis di luar kotak pasirnya aku jadi risau. Aku berkira-kira untuk membawanya ke klinik haiwan namun terbantut kerana memikirkan hari jumaat yang mana pada hari ini premis di negara ini hanya dibuka hingga hendak masuk solat jumaat dan dibuka kembali di sebelah petangnya.
Ada juga terfikir hendak meminta bantuan pada abang iparku yang mana beliau adalah insan yang biasa menolongku jika hendak bergerak ke sana sini memandangkan aku tidak sempurna kerana bermasalah penglihatan Namun disebabkan aku memikirkan kemungkinan abang iparku hendak berehat kerana jumaat dan ahad sahaja masanya untuk bersama anak isteri, aku tahan dan pendam dahulu hasrat ini.
Aku pun mencari runner untuk menolongku membawa kucing ke klinik haiwan namun caj yang dikenakan agak mahal. Caj mengambil ke rumah lain harganya, caj membawa kucing ke klinik haiwan pun caj lain lagi, caj menunggu dan caj-caj lain. Jika dijumlahkan caj yang dikenakan adalah juga hampir 30 bnd. Aku berfikir, daripada aku membayar runner dengan caj sepertii itu, baik aku gunakan duit itu untuk membayar abang iparku kerana jika dia meminta caj, tidak akan semahal itu.
Namun aku bersyukur kerana kebaikan hatii dan fahamnya abang iparku terhadap diriku menyebabkan dia tidak pernah meminta sebarang bayaran biarpun aku berkali-kali meminta bantuan dan pertolongan darinya. Aku bersyukur atas kurniaan Allah yang menemukann aku dengan orang seperti abang iparku ini.
Pendek cerita, setelah berfikir banyak kali, aku pun utarakan hasrat di hati ini kepada abang ipar dan dia bersetuju. Aku pun membawa Abang Halim Royo, kucingku yang baru berusia 6 bulan ke sebuah klinik haiwan di kawasan airportmall. Pada mulanya aku merancang membawa Abang Halim Royo ke klinik kawasan Qlap, namun apabila aku menghubungi klinik tersebut, ia tidak lagi menerima sebarang slot kerana tempahan sudah penuh. Akhirnya aku membawa anakku ini ke klinik haiwan di airport mall.
Tiba di klinik itu menghampiri pukul 6 yang mana jam itu klinik seharusnya tutup tetapi mereka masih menerima kedatanganku kerana aku telah menghubungi sebelum aku kesana.
Bersyukur aku tidak terkira kerana layanan staf di situ amat baik, mereka melayan kucingku dengan penuh sikologi sehingga kucingku merasa aman bila disentuh staf klinik itu.
Setelah diperiksa kucingku (abang Halim Royo) didapati demam kerana suhu badannya 39 lebih selsius. Rancanganku untuk deworming anakku ini tidak dapat dibuat kerana doktor haiwan menerangkan dia perlu sembuh dahulu sebelum deworming dapat dilakukan ke atas dirinya.
Akuu akur dengan penerangannya kerana doktor itu lebih mahir dan berilmu dariku yang tidak tahu apa-apa.
Abang Halim Royo hanya diberikan dua jenis suntikan, dua jenis pil yang mesti aku beri 5 hari (sekali dalam sehari). Jika ada apa-apa staf klinik menyarankan aku membawanya ke klinik agar rawatan susulan dapat diberikan.
Aku bersyukur Abang Halim Royo dirawat awal sebelum sakitnya menjadi bertambah serius. Aku mengakui, anakku Abang Halim Royo ini masih gagah bermain walaupun agak lemah, mungkin dia cuba sedaya upaya menahan sakitnya. Makan pun masih berselera lagi.
Lupa aku nak cerita, staf klinik ada bertanya nama kucingku ini. bila aku beritahu namanya Abang Halim Royo mereka tergelak mungkin kerana nama itu tidak biasa mereka dengar diberi pada kucing. hahahaha. Okeylah tu, sekurang-kurangnya, aku dapat menceriakan swasana klinik dan staf klinik yang mungkin keletihan kerana dari pagi lagi mereka dah terpacak dan bertugas serta melayan pelbagai karenah kucing dan tuan-tuan mereka.
Setakat ini ketika dia masihh dalam proses penyembuhan dan makan pil, aku berikannya makanan basah kerana kucing yang sakit memerlukan makanan basah untuk nutrisi badannya.
Pada hari ini sahaja aku berhabis wang sebanyak 54 bnd lebih. Tetapi tidak mengapa, demi sayangku, aku rela berkorban walaupun aku terpaksa mengharap simpati dan ehsan pihak lain. Semoga Allah memberiku kekuatan dan rezeki lebihh agar aku dapat menjaga kebajikan anak kesayanganku dan kucing-kucing memerlukan jagaanku.
Akhirnya aku meminta doa kamu semua, semoga anakku Abang Halim Royo akan segera disembuhkan seperti biasa, dicabut apa jua jenis penyakit dan akan setia menemaniku hingga suatu masa yangditetapkan Allah SWT.
Ulasan
Catat Ulasan