jangan berkecil hati
Setelah Ramadhan berlalu beberapa musim barulah hatiku terbuka untuk menceritakan kisah benar yang berlaku. Aku tidak berapa ingat tahun berapa tetapi kisah yang berlaku masih terpahat dalam ingatan sehingga ke hari ini. Seperti kelaziman di negara ini, setiapkali tibanya bulan Ramadhan, banyaklah pihak yang mengambil kesempatan menjamu orang untuk berbuka puasa bagi meraih pahala berlipat ganda yang dijanjikan Allah SWT. Ini tidak mengira sama ada di kalangan masyarakat biasa, syarikat-syarikat dan lain-lain. Dipendekan cerita, pada pengakhir ramadhan seingatku, di waktu petang semasa aku dan kakak melepak sementara menunggu waktu berbuka tiba, kakakku ada menerima panggilan dari suaminya yang ketika itu berada di tempat tugas mengatakan bahawa dia ingin membawa kakak berbuka puasa yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Namun jemputan ini hanya membenarkan untuk membawa isteri sahaja iaitu kakak aku. Maknanya dia tidak boleh membawa sesiapa selain mereka (kakak dan suaminya). Deng...