jangan dibuat spekulasi luahan hatiku ini

 Hari ini (12 disember 2020) adalah ulangtahun ke 8 pernikahan insan yang paling aku sayangi di dunia ini iaitu kakak aku bersama pilihan hatinya iaitu abang ipar aku. Dan pada setiap tahun juga mereka suami isteri tidak pernah lupa meraikan ulangtahun pernikahan mereka dengan pelbagai cara.


Pada tahun ini (2020), mereka akan meraikan ulangtahun pernikahan mereka dengan menyewa hotel. Walaupun murah itu tidak jadi masalah buat mereka janji mereka bahagia.


Nak menyewa hotel mahal, keadaan kewangan mereka tidak mengizinkan untuk itu. Bagi mereka, cukuplah ia disambut dengan bersederhana sahaja.


Selain bermalam di hotel, mereka juga akan berjalan-jalan dan menikmati kebahagiaan di luar.


Aku juga turut diajak untuk ikut serta bermalam di hotel. Sebabnya ialah bilik hotel yang disewa itu terpaksa berkongsi bilik air dan juga berkongsi dapur dengan penginap lain. Ini menyebabkan kakak aku merasa kurang yakin dan tidak selamat kerana bilik air dan dapur berkongsi. Justeru itu dia memintaku agar menemaninya supaya dia rasa selamat dan jika dia hendak ke bilik air, ada yang temankan sementara suaminya pergi kerja. Ada juga dia menyalahkan suaminya kerana tidak menyelidiki dahulu sebelum book bilik hotel.


Ya, hari ini sabtu, penjawat awam jadualnya bekerja termasuk abang iparku. Dia kononnya hanya akan mengambil kami dalam masa tengahari kerana waktu check in hotel jam 2 petang. Selepas abang iparku menghantar kami ke hotel, dia  merancang untuk kembali ke pejabat hingga habis waktu bekerja. sepeninggalan suaminya selama lebih kurang 2 jam, mungkin kakakku ini berhajat ke bilik air jadi kalau dia seorang, tiada siapa yang tolong temankan. Nak harapkan anak? anaknya pun masih kecil lagi. 


Demi rasa kasih dan kasihan terhadap kakakku ini, aku bersetuju untuk ikut serta bermalam kerana aku berjanji pada diriku sendiri, apa-apa perkara yang dapat ku bantu, maka aku akan tolong kakak. Lagipun dia beria-ia mengajak aku ikut bermalam kerana dia takut kerana tandas berkongsi dengan orang.


Demi memastikan bilik yang akan disewa itu selamat, abang iparku merancang untuk melihat dahulu keadaan dan sekitar bilik agar tahu bagaimana tahap keselamatannya. Jika dirasakan tidak selamat, maka katanya bilik itu akan diserahkannya pada orang lain. Kebetulan juga aku ada urusan pada semalam jadi diteruskanlah melihat keadaan bilik yang akan disewa.


Setelah kami melihat keadaan bilik yang bakal disewa keesokan hari (hari ini), kakak dan abang iparku merasa ia ok untuk mereka, tandas dan dapur memang kongsi dengan orang tetapi hanya bersebelahan bilik sahaja. Pun begitu aku cukup risau kerana walaupun tandasnya hampir, aku takut terjadinya berbagai kemungkinan. Maklum sahajalah sekarang ini, bukan lagi zaman selamat dek kerana ramainya orang berhati setan. Minta-minta perkara itu tidak terjadi kepadaku dan kami yang bakal menginap.


Selepas melihat keadaan bilik yang bagi mereka selesa dann kawasan persekitarannya pula stratigik, maka mereka tidak jadi menyerahkan bilik itu pada orang lain.


Kakak aku pulak setelah melihat sendiri bilik itu ok dan tandasnya pulak dekat sahaja, mula berubah. Aku perasan perubahannya. Mula-mula dia beriya-ia merayuku untuk ikut tetapi ini lain pulak. Dia seolah mahu mengatakan supaya aku tidak jadi menyertai mereka. Aku juga tahu kakak inginkan ruang yang selesa lagi luas untuknya tidur walaupun bilik itu luas dan muat untuk kami berempat termasuk anak mereka.


Antara sikapnya yang nampak tidak selesa aku ikut serta ialah, dia sering mengeluh sepanjang perjalanan dari bilik akan bagaimanakah kami akan tidur di atas katil bertiga sedangkan keadaan bilik itu sempit dan hanya muat untuk 2 dewasa menurut kakakku. Aku tahu dia cuba mencari helah supaya aku membatalkan niat untuk ikut. Aku tahu dan kakak aku tidak sampai hati berterus terang kepadaku akan gelora hatinya. Aku bukan perprasangka tetapi dah lama aku kenal kakak, lagipun antara aku dan dia cukup rapat jadi aku tahu luar dalam sikapnya.


Perasan tentang sikap kakakku yang seolah menyuruh aku tidak jadi menyertai mereka, aku pun kata kalau keadaan bilik sempit, tak apalah aku boleh tarik diri, tandaspun bukan jauh sangat, dia boleh je ke tandas sorang jika ada urusan yang memerlukannya ke tandas. lagipun kataku, tidak elok aku menjadi pengacau kerana inikan hari istimewa mereka. Biarlah aku mengalah. Kakak aku kata ringkas je, aku mana sahaja. Dengan itu aku bertambah yakin lagi dia tidak mahu aku ikut serta.


Walaupun agak terasa hati dengan sikap kakak yang tiba-tiba berubah, namun aku cuba kuatkan hati, ditambah lagi dengan kasih sayang terhadapnya yang tidak akan pernah berkurangan dan pudar, aku cuba melupakan dan mengalah saja.


Malam tu aku tidak dapat tidur nyenyak kerana memikirkan hal itu. Apa harus aku katakan kepada kakak tentang hasratku untuk membatalkan niat bermalam bersamanya malam nanti. Hendak berterus terang tentang sikapnya aku tak sampai hati. Bagiku biarlah aku berunding secara lembut bak kata pepatah, menarik rambut dalam tepung biarlah tepung tidak berselerak, rambut pun tak putus. ah begitu. 


Sehingga 2 pagi kepalaku pening kerana enggan tidur dan aku paksa mataku untuk pejam.  alhamdulillah akhirnya berjaya jua.


Esoknya aku bangun awal mungkin masih memikirkan hal itu. Aku sudah buat keputusan muktamat untuk membatalkan sahaja ikut kakak bermalam. Bagiku biarlah dia bersama keluarga kecilnya tanpa ada orang lain yang tiada kena mengena yang akan mengganggu. nekadku bertambah kuat apabila mama menyarankan agar aku janganlah jadi ikut kerana mereka suami isteri (kakak dan suami) hendak berbulan madu sempena perkahwinan mereka yang ke 8.


Mendapat nasihat dari mama aku cuba mencari masa sesuai untuk berbincang dengan kakak. Aku tahu kakak akan gembira dengan keputusanku ini tetapi atas dasar tidak sampai hati menyinggung hatiku, dia memendam sahaja. Biarlah aku memberitahu walaupun aku sedih dengan keputusanku ini. Aku bertekat akan membuatnya bahagia dan mengorbankan perasaanku.


Akhirnya setelah memastikan mood kakak baik pagi itu, aku pun berbincang dengannya tentang hasratku membatalkan untuk ikut bermalam. Sepertimana dijangka, dia tidak membantah dan hanya bertanya adakah aku pasti tidak ikut. Aku katakan ya aku pasti. Lagipun kataku, aku selalu ikut apabila dia kemana-mana, kali ini aku suruh dia luangkan masa bersama keluarga pulak.


Kalau kakak masih menginginkan aku ikut, sudah pasti dia akan sedaya upaya memujuk aku untuk tetap ikut tetapi ini tiada. Tak apalah, moga dia bahagia.


Walaupun perasaanku tersinggung dek sikapnya yang seolahnya mempergunakan aku untuk menjadi alat penampal ketakutannya disebabkan tandas di luar, namun biarlah dia dengan sikapnya. Apa yang aku harapkan moga dia bahagia dan Allah akan beri yang terbaik untukku di masa mendatang. Moga Allah akan memberikanku kesabaran yang bertambah hari demi hari, dalam menghadapi karenah manusia yang bermacam ragamnya termasuk kakak aku ini. Memang dari dahulu dia suka mementingkan diri sendiri tetapi semua itu aku dah maafkannya dunia akhirat, aku halalkan apa yang telah dilakukannya terhadapku, kerana aku tidak mahu berdendam apatah lagi dia kesayanganku di dunia ini.


Bukan sekali ini dia membuatkan aku terasa hati, tetapi dah banyak kali namun aku ambil sikap mengalah agar tidak terjadi perballahan antara kami berdua. seboleh-bolehnya aku inginkan kami tetap damai dan baik sehingga bila-bila justeru itu akan aku usahakan walaupun merobek perasan dan hatiku terluka.


Akhirnya nasihatku untuk diri sendiri dan kita semua, janganlah mengharapkan manusia sentiasa berbuat baik pada kita, janganlah sedih jika manusia itu lebihh lagi orang yang kita sayang menyinggung dan tidak pernah tahu mengenang erti budi dan  kasih sayang. Percayalah semuanya ada hikmah yang akan terlihat di kemudian hari. Amggaplah ia roda kehidupan, lama kelamaan ia berlalu juga. Berharaplah pada Allah dan berdoalah agar Allah tidak akan meninggalkan kita kerana jika Dia meninggalkan kita, hidup kita tiada arah tujuan.


Sekian. Dariku. seorang adik yang berkorban dan akan terus berkorban demi kebahagiaan kakaknya.

Ulasan