Andang Julingkah Mata Kita?

Aku nak tulis kisah yang berlaku pada 14 april baru-baru ini yang berlaku di laman sosialku. Pada suatu petang 14 april itu ketika aku sibuk meronda laman sosial ini, tiba-tiba aku menerima friend request (permintaan menjadi rakan) dari seorang hamba Allah yang berUser Ak Abu Bakar Boboy. Memandangkan ada mutual friend di situ, aku pun menekan butang 'accept/confirm dan menjadilah dia rakan fb ini.
Lumrahnya apabila seseorang ad facebookku ini, aku takkan bersembang mahupun dmdm apatah lagi jika ia seorang lelaki. Aku lebih suka membiarkan ia tersimpan saja dalam senarai fb. Selang beberapa minit selepas itu aku terdengar bunyi 'tinggggg... menandakan messenger fb masuk. Aku pun segera membuka peti inbox dan memeriksa siapa gerangan yang menghantar mesej di inbox fb ini.
Apabila ku baca penama yang mesej, rupanya Ak Abu Bakar Boboy (orang yang baru sahaja menghantar permintaan rakan) yang mesej aku. 'assalam... pembuka kata. 'andang julingkah mata kita?' Aku tidak berminatpun untuk menjawab dm dari orang ini. Bukan kerana aku sensetif, tetapi siapa-siapa yang inbox pun agak jarang aku membalasnya apatah lagi user itu aku tidak mengenali. Segera aku stalk profil orang ini kerana mulanya aku ingatkan dia masih kanak-kanak. Biasanya orang yang sudah dewasa tidak akan bertanya spontan seperti itu. Tarikh lahirnya 1985 dan haribulan aku tidak ingat dengan pasti. Berdasarkan kepada tarikh dan tahun lahir, dia sudah berusia 30an. Aku pun biarkan sahaja msgNya tidak berbalas dan aku tekan butang block masages agar dia tidak lagi boleh menghantar inbox padaku.
Rupanya hamba Allah bernama Ak BAbu Bakar Boboy ini tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun mesejnya telah ku block. Dikomennya statusku dan pertanyaan inbox ditanya sekali lagi 'mata kita andang julingkah? nampak kita walaupun julingkah?' hahahaha lantak kaulah labu. Aku tidak selesa bila terus diganggu. Segera aku pergi ke profilnya dan tekan butang 'remove friend' agar dia tidak lagi ada dalam friendlist ku ini.
Apa kepentingannya bertanya aku juling? kalau juling pun adakah dia rasa terganggu kerana kejulinganku ini? Inginku tekankan ya, aku bukan sensetif, perkataan pedas dari juling pun biasa ku dengari, tetapi aku tidak selesa kerana bukan salam perkenalan yang sopan yang diutarakan, juling mata pulak yang ditanya.
Untuk yang barangkali mengenali Ak Abu Bakar Boboy, ajarilah dia supaya beradab, dan kalau dia hendak kesempurnaan, masih ramai di fb ini yang sempurna, seksi, cantic dan lawa janganlah kacau dan bertanya fizikal orang lain.
Sekian cerita 14april lalu. Oh ya, sebelum terlupa, berdasarkan apa yang ada dalam profil Ak boboy itu, dia masih single. Jika benar, harap dia akan bertemu jodoh yang tidak juling hahahahahahaha

Ulasan