Kalau Sudah Rezeki
12 april 2020 merupakan detik yang pahit tidak akan aku lupakan untuk selamanya dimana aku hampir kehilangan kucing kesayangan bernama Ragi. Pada tarikh tersebut aku menghadiri majlis di temburong yang diadakaan oleh keluarga suami kakakku. Disebabkan keluarga suami kakakku ini sudah aku anggap seperti keluarga sendiri malahan hubungan kami pun mesra, aku tidak keberatan untuk ikut serta meskipun aku tidak dijemput. Lagipula sudah lama aku tidak berjempa mereka terutama ibu mertua kakak yang sudah ku anggap macam ibu sendiri. Aku ke Temburong mengikuti kakak bersama suami tanpa menyangka aku akan kehilangan kucing pada hari itu. Sebelum bersiap mandi untuk ke Temburong pagi itu rutinku ialah membersihkan najis kucing dari kotak najis mereka kemudian barulah aku senang bersiap mandi. Ku tinggalkan mereka sebanyak 4 ekor dengan harapan aku akan berjumpa mereka lagi tanpa menyangka ada komplot mereka yang barangkali tidak mempunyai hati memberikan kucing yang merupakan hiburanku pada orang tanpa pengetahuan dan perbincanganku terlebih dulu.
Memandangkan bulan ramadhan ketika itu akan menjelma tak lama lagi, aku ambil kesempatan untuk bersedekah sedikit makanan dan minuman setakat kemampuan untuk majlis keluarga sebelah suami kakaku. Lagipun aku terliur untuk makan ayam grill dan minum milo ais. Pada fikiranku apa salahnya rezeki dikongsi sama dan aku akan merasa senang jika berkongsi rezeki. Dalam rezeki ku pasti ada rezeki orang lain yang mesti aku kongsikan. Pun lagi memandangkan musim ini musim Covid19, kerajaan melarang perkumpulan diadakan menyebabkan majlis besar-besaran tidak dapat diadakan.
Aku tidak menyangka orang rumah merancang menyedekahkan kucing kesayanganku pada orang lain. Di temburong, aku bergembira bersuka ria seperti biasa, berbual-bual dengan keluarga ipar kakak dan macam-macam lagi aktiviti yang menyeronokkan.
Kami pulang kira-kira jam 5 lebih petang kerana jambatan temburong akan ditutup jam 6 petang. Akhirnya setelah menempuh perjalanan yang aagak lama kerana kereta beratur panjang kami pun sampai ke rumah pada waktu hampir maghrib.
Masuk sahaja aku ke dalam rumah, aku disambut dengan bunyi anak-anak bulusku yang manja menyebabkan aku masuk ke bilik khas untuk kucing bagi membelai mereka. Aku tidak perasan kucing hanya tinggal seekor. Pada perasaanku waktu itu aku membelai Ragi dan anak-anaknya pun ada di situ. Selesai aku membelai mereka, aku pun keluar dari bilik kucing dan masuk ke bilik untuk madi dan berehat. Semenjak itu aku tidak lagi keluar meluawat si bulus kerana keletihan dan kepenatan menyebabkan akhirnya aku terlelap di atas katil empuk dan bilik yang berhawa dingin.
Keesokan pagi aku terbangun. Rutin harian biasalah, ke bilik kucing membuat apa yang patut. Masuk sahaja aku ke dalam bilik si bulus, alangkah aku terkejut bilamana aku mendapati kucing yang ada dalam bilik itu hanya tinggal seekor. Meliar aku mencari kemana ragi dan dua ekor anak-anaknya. Keluar rumah tiada, di dapur tiada, di belakang rumah pun jauh sekali. Kali ini hatiku cukup sedih kerana mereka hilang. Semalam baru sahaja aku membelai mereka bila mereka hilang? Jika mereka membuka pintu bilik ini pastilah si bulus yang seekor inipun keluar juga ini pintu dahlah tertutup kemas, mustahil ragi dan anak-anak keluar jika tiada tangan yang mengeluarkan mereka. Untuk mententeramkan hati yang sememangnya tidak tenteram, aku buat kerja membersihkan najis dan menyapu bilik kucing dan memeriksa apa yang patut sebelum menyambung lagi mencari ragi dan anak-anak. Aku termenung, hatikuu menangis tertanya-tanya dimanakah bulus-bulusku yang 3 ekor itu? Dari luar ku terdengar deruman enjin kereta menandakan adik lelaki bongsuku baru balik dari kerja. Setelah dia masuk, aku tanyakan samaada dia ternampak ragi dan anak-anak. Dia jawab tak ada. Ya Allah!!!!
Allah Maha Penyayang, disebalik kegursaran hati ini aku berdoa "ya Allah, jika rezekiku masih dapat berjumpa seterusnya memelihara ragi dan anak-anak kau tunjukkanlah kekalutan ini, jika tidak ada rezekiku memelihara anak-anaknya engkau bagilah peluang untuk aku menjaga ragi, dan jika ragi bukan rezekiku lagi, engkau tempatkanlah dia dalam jagaan orang yang penyayang dan perihatin. Sesungguhnya hamba berharap dan masih mahu menjaganya. jika tiada rezekiku berjumpa mereka, berilah aku yang lebih baik dari mereka. Ameen. Sambil aku berdoa, airmataku tumpah. Harapan ku serahkan bulat-bulat pada Allah. Tiada guna aku mengadu pada orang-orang di rumah ini kerana aku tahu aku akan dipermainkan dan diketawakan. Pastilah tiada hasil jika ku utarakan pada mereka. Vaik aku mengadu pada Allah itu insyaAllah boleh melegakan.
Hatiku tidak tenteram dan terkilan, kenapalah sepeninggalanku ke temburong diambil kesempatan? Apabila aku bertemu dengan orang-orang rumah, masing-masing menunjukkan riak tidak berdosa dan mungkin atas kehendak Allah jua adik perempuanku memberitahu kepada kakak yang semalam mereka berjumpa si kutu (ibu si Ragi) yang diserahkan pada orang yang merupakan saudara jauh kami tahun lepas. Di situ aku mula terfikir untuk apa mereka ke rumah orang itu jika tiada apa-apa hajat? melawat si Kutu? mustahil. Hendak saja-saja berkunjung? zaman sekarang, kunjung mengunjung tanpa tujuan tidaklah ada dalam list keluarga ini.
Kakak yang sedia merindui kucingnya bernama Kutu sangat seronok dan meminta adikku memberikan videonya kepada kakak agar kutu dapat menjadi pelepas rindu meskipun hanya dalam video.
Hatiku sedih dan sekarang aku yakin ragi dan anak-anak pasti diberikan kepada saudara kami itu. Semenjak itu hatiku tak hentinya berdoa jika ragi masih rezeki, mohon Allah kembalikan dia kepadaku, jika tiada rezeki, mohon Allah ganti yang lebih baik darinya. Aku cuba bersikap redha melepas ragi dalam pemeliharaan orang lain kerana mungkin itu yang terbaik. Namun aku tak boleh menghilangkan rasa terkilan, marah dan sedih terhadap orang rumah yang tidak menghormati hakku sebagai salah seorang anggota keluarga mereka. Aku berkurung dalam bilik dan hanya keluar bila perlu. Sakit hatiku bila mereka berlagak seolahnya tiada apa-apa yang berlaku walaupun sikapku berubah terhadap mereka secara drastik.
Dua hari aku cuba move on namun bayangan ragi sentiasa terbayang di mata dan bunyi suaranya terngiang di telinga. Aku cuba reda dan melupakan namun hatiku seolah-olah menggamit agar aku berusaha mendapatkan ragi semula. Ragi seolahnya memanggil-manggilku agar aku mengambilnya semula. Aku cuba menafikan gerak hati namun semakin aku cuba nafikan ia semakin kuat menyebabkan akhirnya aku berusaha untuk mendapatkan nombor telefon saudara kami itu. Tidak perlulah aku ceritakan bagaimana akuu dapat nombor telefonnya. Brunei ini kecil kalau usaha sungguh hati, insyaAllah berhasil.
Sebelum aku lupa, dalam tempoh aku berusaha itu aku ada meluahkan dalam gc berformat kucing. Mereka memahami dan menceritakan pengalaman yang sama sepertiku kucing dibuang, dibagi tanpa pengetahuan mereka. Itulah yang membuat semangat ini bangun dan makin yakin untuk berusaha dapatkan ragi kembali. Pun lagi aku amat geram bilamana kakakku menceritakan semasa dia menjemur baju anaknya, salah seorang orang rumah ini memperli kakak dengan bertanya bahawa mana hilangnya ragi dan anak-anaknya? lama sudah dia tidak ketemu? apakah dia di luar? kakak hanya menjawab, entah pasal bukan dia yang menjaga. Orang rumah itu berkata lagi ah keluar lah dia nampa gayanya tu si ragi dan anak-anaknya. Cubalah jangan perbodohkan orang, dah tahu perbuatan sendiri ada hati nak main-mainkan orang. Takpa ini kali hari elu...
Akhirnya setelah berusaha berserta tawakal kepada Allah, aku mendapat nombor telefon saudara kami dan aku menceritakan hal sebenar yang berlaku kepadanya. Mulanya bila aku hubungi dia tidak menjawab panggilanku. Akhirnya ku hantar text dan minta bercakap dengannya barulah dia mahu jawab panggilanku. Selepas panggilan ditamatkan, kami berteks dan dia merasa serba salah untuk menyerahkan semula ragi padaku takut orang rumah yang memberi akan memarahinya. Aku meyakinkan bahawa dia tidak akan dimarah dan aku tahu nak buat apa. Aku juga memberinya jaminan kalau ada apa-apa aku yang akan bertanggungjawab. aku merayu kepadanya kalaupun aku tidak dapat mengambil anak-anaknya, mengambil dia (ragi) pun sudah cukup bagiku.
Panjang sebenarnya cerita dan aku menyuruh adikku mengambilkan kucing itu setelah mendapat persetujuan dari owner baru Ragi. Itupun aku terpaksa memasang spare kalau-kalau adikku tidak mahu menolong maka aku akan meminta bantuan lain. Kali ini aku tidak berharap pada manusia untuk urusanku ini dipermudahkan, sepanjang panjang proses memujuk adikku sehinggalah ragi balik, aku berbicara dengan Allah secara berterusan. Benarlah firman Allah, jika kita meminta bersungguh hati, Dia akan kabulkan tanpa pamri. Akhirnya setelah berusaha dan menjalani proses aku dapat semula mengambil ragi. Kali ini sikap Ragi hissing terhadapku seolah tidak mengenaliku lagi. Baru dua hari, dia dah lupa.
Sebelum itu saudara yang diberikan kucing ada juga menyelitkan nasihat agar lebih baik aku berterus terang pada ibubapa tentang kucing kerana berdosa jika seorang anak menyembunyikan sesuatu dari mereka. lama-lama akan kedapatan juga. Aku jawab, aku tak kisah jika mereka akan tahu kerana awal akhir pasti akan ketahuan juga. Cuma sekarang belum masanya untuk mereka tahu tunggu dia (ragi) kembali jika dia hendak tahu, biarkanlah. Aku yakinkan kepadanya aku tahu siapa sebenarnya dan apa sikap ibubapaku dan aku sudah memikirkan perkara ini sebelum membuat keputusan. Tiada balasan dari saudaraku itu mungkin dia merasa risau (beuri bak kata orang Brunei).
Keadaan ragi agak kusut dan bulunya bersimpul-simpul. Tak apalah esok aku akan mandikan dan urus balik bulunya. Menurut saudaraku itu, sepanjang di rumahnya ragi berkelakuan liar, takut dan tidak berapa mahu dipegang. Kalau datang pun hanya untuk makan.
Berlalulah kesedihanku dan aku mengucap syukur pada ALlah kerana mendengar doaku hambanya yang lemah ini. Namun pada 16 april 2020 selepas sidang media mengenai covid19 berakhir, ketika itu maghrib hampir masuk aku bersantai seperti biasa bermain computer dan mencari bahan di internet mengenai sebab kucing kurus. Tiba-tiba sewaktu aku asyik membaca bahan di internet bilikku diketuk dengan kasar. Apa lagi ni... Segera aku bangun dan menuju kepintu lalu membuka kancingnya. Bila aku buka sahaja pintu itu sedikit, pintu ditolak secara kasar sehingga aku hampir tersungkur. Bapa aku meluru masuk dengan kasar dan berkata ingin melihat kucing. Aku sudah menyangka dia sudah tahu mengengenai ragi. Tetapi cara apa dia tahu aku dah tak kisah. BIla dia masuk meluru secara kasar, kucing yang seekor lagi bernama puToot, ketakutan lalu menyorok dicelah almari. Bapa berkata "kau ambil ah dari sisah (saudara kami yang diberikan kucing) Kenapa kau ambil malu ku tuuuu!" Aku membiarkan sahaja dia naik angin. Tanpa disangka dia menendang makanan kucing yang berada dalam bekas sehingga berselerak hingga ke atas daun kipas. MasyaAllah,usia dah 60 tetapi masih kuat. Dalam hatiku merasa sangat sayang dia berpencen awal dari kerja kerana kekuatannya tidak seperti 60.
Pada waktu itu aku takut juga dia akan mengapa-apakan kucing-kucingku mereka tidak berdosa dan dia akan menanggung dosa jika dia berbuat yang tidak patut pada kucing-kucing ini.
Perkara itulah juga yang mendorong aku menjawab, cubalah kalau harta benda bapak diberi pada orang tanpa pengetahuan apa rasa? dia terdiam lalu bertanya di mana anak-anak ragi kerana dia hendak memberikan semula pada saudara kami. Aku jawab, aku tidak berhajat pun pada anak-anak ragi mungkin tiada rezekiku lagi dengan mereka. Aku jawab aku sayang pada kucing dan selama ini aku tidakpun pernah menyuruh dia maupun orang rumah ini membiayai apatah lagi mengurus kucing-kucing yang ada. Akhirnya dia keluar dari bilikku dan aku segera membersihkan makanan kucing yang berselerakan.
Sebagai orang yang buta, apalah daya untuk aku membersihkan sendiri makanan yang dah berselerak akibat disepak. Namun aku cuba juga sedaya mungkin untuk membersihkan semampuku sahaja. Berselerak bukan satu tempat tetapi banyak ruang dalam bilik ini yang berselerakan hingga ke atas daun kipas dan katil serta celahan. Kalaulah dia jadi atlit sepak menyepak pasti dia akan dapat pingat. Sayang sekali kelebihan itu tidak membuatkannya jadi atlit.
Pada mereka yang bersekongkol membuang kucing aku doakan moga kamu dapat hidayah dan pengajarannya janganlah cuba memperbodohkan orang dan mempermain-main. Jika tidak kamu yang menolong, ratusan ribu rakyat negara ini masih dapat ku sandarkan harapan untuk menolong atas kehendak Allah jua.
Sekarang aku korbankan bilik tidur ini bersama kucing-kucingku semoga suatu hari Allah berikan aku kelapangan untuk menjaga mereka kerana ini sahajalah hiburanku. Nak keluar rumah terbatas disebabkan aku buta, jadi aku perlukan bentuk hiburan yang macam-macam di sini. Jika orang berupaya, dia boleh berhibur dengan bermacam cara, jika boreng keluar rumah, kami? bagaimana? nak minta tolong bawa orang untuk berjalan-jalan pun ikut masa tidak boleh sesuka hati kerana orang pun ada urusan masing-masing.
Mengenai kucingku yang seekor lagi aku terpaksa berikan kepada orang yang layak kerana dia tidak dapat bertemu dengan puToot kerana mereka pasti akan bergaduh teruk. Aku tidak menggunakan bilik kucing itu lagi. Moga oreo kita dapat jumpa lagi dan kalau ada rezeki mummy, moga kau akan kembali.
Adik perempuanku dan kakak dimarahi oleh bapa dan mama kononnya tumpis (tidak berahsia) mengenai lawatan mereka ke rumah saudara melawat kutu. Panjang ceramahnya. Yang paling terkilan kakaku diceramah, kalau kamu bertambah cacat dia tidak mahu lagi menjaga kami. Astaghfirullah.
Mengenai saudara kami pulak, dia memberitahu bapa ada menghubungi dirinya bertanyakan pasal kucing. Bapa takut kucing yang diberikan lari. Saudara kami tidak menjawab sebaliknya telefon diserahkannya pada encik suami. Selepas itu aku tidak tahu apa yang diberitahu suaminya kepada bapa. Aku kembali teringat, mama masuk ke bilik menghantar makanan dan melihat dua ekor kucing. Aku pun marah bila dia terus masuk. Bukan pasal takut, tapi aku tidak suka bilikku dimasuki sesuka hati. Kemudian kali kedua dia masuk lagi konon menghantar buah epal. Itu adalah taktik untuk memastikan kucing itu ragi atau bukan. Taktik klasik. hehehe. lantak lah...
Kerana peristiwa ini aku sama sekali tidak menyesal ikut ke temburong kerana niatku hendak mengerat silatur rahmi dengan keluarga suami kakak disamping niat bersedekah dan membuang kebosanan. Semoga hubungan kekeluargaan di antara kami akan berkekalan sampai bila-bila. Ameen. Kepada mereka yang cuba menghulur tangan untuk membantu sepanjang proses mendapatkan kembali ragi, berjuta ucapan terimakasih dan tiada dapat aku membalas jasa kalian melainkan hanya doa semoga Allah jua yang membalasnya. Ameen...

Ulasan
Catat Ulasan