aku takut kehilanganmu
Bila hati ini sudah tenang sedikit barulah aku boleh menulis. Semalam 6 mei 2020 berlaku satu peristiwa yang cukup mencemaskan kami sekeluarga terutamanya diriku yang takut kehilangan kakak tersayang. Ketika itu waktu hampir tengahari yang mana segala yang berlaku di luar dugaan kami.
Pagi itu entah mengapa hati ini rasa tidak sedap. Selalunya bila hatiku rasa sebegitu ada sesuatu yang akan berlaku. Berkali-kali aku cuba menafikan rasa hati yang tak sedap ini tetapi gagal. Dengan tidak semena-mena aku teringat pada kakak yang mana ingatan terhadapnya ini berlarutan hingga nak berehatpun tak senang. Hatiku seolahnya memanggil-mangg il agar aku segera memasuki bilik kakak untuk melihat keadaannya.
Dengan rasa malas kerana berbaki rasa mengantuk yang masih tak kunjung hilang, aku berjalan dan menuju ke bilik kakakku yang mana suaminya baharu sahaja meninggalkan rumah ini untuk ke tempat kerja.
Bila aku masuk saja kedalam biliknya, aku disambut mesra oleh kakak dan kelakuannya kali ini agak moody serta suaranya pun agak lain. Hatiku sudah merasakan lain terhadapnya dan tertanya-tanya adakah kakak aku sakit atau sewaktu dengannnya. Meskipun kedatanganku ke biliknya mendapat sambutan yang agak dingin, namun aku gagahi juga demi memastikan dia sihat. Adalah juga sepatah dua kami berbual dan perkara yang masih ku ingati perbualan kami itu adalah dia rasa malas nak mandikan anaknya dan ingin menunggu ahli keluarga lain untuk menguruskan anaknya ini.
Mendengar itu aku mempelawa diriku untuk menguruskan anaknya namun kakak menghalang dan suruh tunggu sekejap.
Alhamdulillah ketika aku dan kakak berbual sambil melayan karenah si kecil, adik perempuanku (afiqah) datang ke bilik kakak dan bermain-main dengan si kecil lalu menawarkan diri hendak memandikannya. Alhamdulillah bisik hatiku, ada orang yang dah menguruskan anak ini.
Di kala itu hatiku masih rasa tak sedap namun mulutku seolah terkunci untuk memberitahu kepada kakak, ya Allah, apakah pertanda ini semua? Aku pasrahkan kepadamu.
Memandangkan aku masih gagal untuk mencari punca kenapa hati tiba-tiba terasa lain, aku bercadang untuk mandi sekejap dan akan kembali ke bilik kakak selepas selesai aku mengurus diri.
Aku mandi seperti biasa dan ketika beberapa lama aku berada dalam bilik mandi sambil badanku disimbahi air shower suam-suam panas, dari luar aku terdengar teriakan seseorang yang seolah-olah berada dalam kecemasan.
Segera aku menutup shower dan keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Aku menghendap dari celah pintu apa yang berlaku dan suara jeritan seseorang masih kedengaran macam orang tengah bergaduh. Tiba-tiba bapa memekik memanggil nama adikku (afiqah) yang sedang berada di tingkat atas berkali-kali dengan nada suara yang cemas dan memberitahu bahawa kakakku terjatuh di dapur. Allah!!! Aku tidak menghiraukan keadaan diriku yang masih berkemban dan segera membuka pintu untuk mendapatkan kakakku yang ada di dapur. Belumpun kaki ini melangkah, aku terdengar suara kedua-duanya (mama dan bapa), bersahut-sahuta n cemas dari dapur dan terdengar suara nafas yang agak kuat. Aku melajukan langkah dan sampai juga akhirnya ke dapur yang mana kakakku didakwa rebah. Kali ini bunyi nafas yang pasti dari kakakku kedengaran kuat, mama berkali-kali memanggil kakak dan menyuruh kakak menyebut Allahu akbar. Bapa pula menepuk-nepuk pipi dan badan kakak agar dia menyahut panggilan mereka. Namun pada waktu itu tiada sahutan dari kakak menyebabkan kami bertambah cemas.
Aku yang mulanya tergamam mula menangis dan menghampiri kakak yang diapit oleh kedua ibubapa dan menangis. Aku memanggil-mangg il kakak menyuruh dia sedar tetapi panggilan-pangg ilan kami tidak bersahut.
Akhirnya aku perhatikan mama seperti berputus asa lalu menyuruh bapa supaya mengalunkan azan agar segala-gala yang tidak baik tidak terjadi terhadap kakakku ini. Bapa mengumandangkan azan senyaring mungkin dan pada fikiranku ketika itu hanya memikirkan kakak sahaja, mohon engkau selamatkan dia ya Allah... Selepas bapa mengalunkan azan, beransur-ansur kakak membuka mata dan sedar tetapi dalam keadaan mamai dan mukanya bergetar menurut mama.
"ok ko nunah, ok kau lai? ndangar kau suara mama, ndangar kau suara bapa nunah..." berselang seli mama dan bapa memanggil kakak. Panggilan mereka tidak berapa bersahut kerana kakak mungkin tidak stabil.
Dalam keadaanku yang tengah panik dan menangis kerana bimbang pada keadaan kakak, aku menyuruh mama dan bapa memberikan kakak air untuk diminum serta membasuh muka kakak. Alhamdulillah sarananku diturut dan kakak diberi minum serta dibasuh mukanya.
Dalam kekalutan itu bapa menghubungi ambulan untuk membawa kakak ke hospital dengan segera memandangkan kami takut untuk membawa sendiri ke hospital. Manalah tahu anggotanya tidak boleh diangkat sesuka hati. Daripada ia akan mengundang bahaya baik kami serahkan pada yang lebih pakar. Di samping itu aku menghubungi abang iparku yang merupakan suami kakak untuk memberitahukan keadaan kakak dan menyuruh dia segera pulang. Panggilanku dijawab. Aku tak kisah apa keadaan sekalipun, dia mesti disuruh pulang. Dalam keadaan menangis aku beritahu kakak rebah dan sekarang nafasnya masih sesak dan berbunyi kuat bak kerbau disembelih. Dia ada juga bertanya keadaan kakak tetapi bagiku sekarang, bukanlah masa untuk bertanya, aku menggesanya supaya jangan banyak tanya dan pulanglah sahaja dan terus mematikan talian.
Beberapa lama menunggu dan keadaan kakakku masih begitu nafas tak teratur dan macam orang mamai, ambulan belum juga sampai membuatkan hatiku bertambah risau, iparku pula belum sampai-sampainy a. Aku masih berdiri dan menangis. Mama menyuruhku agar tenang dan jangan menangis namun aku tak boleh! Rasa kehilangan itu semakin menakutkanku, janganlah Allah ambil dia dalam keadaan aku masih memerlukannya. Pada aku, dialah satu-satunya kakak aka teman curhat yang cukup rapat denganku sedari kami kecil kerana kami merupakan senasib. Kalau Allah nak ambilpun, biarlah Allah ambil kami berdua kerana aku tak sanggup untuk kehilangannya. Bagiku didunia ini dia tiada pengganti.
Akhirnya setelah beberapa lama menunggu kehadiran ambulan dan abang ipar, mereka pun sampai.
Kakak diberi rawatan awal dan pihak yang pakar cuba berkomunikasi dengan kakak. Kakak membalas komunikasi mereka tetapi keadaan dan suaranya masih lemah.
Segala detail dan keadaan kakak diberitahu pada pegawai perubatan yang bertugas dan setelah proses demi proses kakak akhirnya diangkat menaiki ambulan.
Sebelum itu, Sempat juga kakak menyorong kerusi roda suaminya untuk ke bilik menukar pakaian atas saranan pegawai perubatan kerana tidak elok dia berpakaian rumah bila menuju ke hospital nanti.
Terdetik rasa lega dalam hati ini bila kakak sudah boleh berdiri walau keadaannya masih lagi lemah.
Ketika ini barulah aku teringat anak kakakkuu yang masih belum mengerti apa-apa sedang berjalan di dalam rumah sambil bermain penyapu.
Aku terpaksa tidak ikut ke hospital pada petang itu kerana menjaga anaknya bersama afiqah sementara mama, bapa dan abang ipar mengiringi kakak ke hospital. Dalam ambulan kakak ditemani mama dan bapa menaiki kereta sendiri.
Sepanjang menunggu hatiku tidak hentinya berdoa agar janganlah terjadi apa-apa terhadap kakak, moga Allahh selamatkannya dari segala yang tidak diingini.
Pendek cerita, abang ipar yang menemani kakak di hospital memberitahu bahawa kakakku akan dirujuk ke JPMC untuk mendapat rawatan yang konon eksklusif. Lantaklah ke mana pun dia dirujuk yang penting kakak selamat.
Kami tidak ada hati hendak memasak pada hari itu untuk juadah berbuka dan hanya membeli diluar saja. Iyalah, bila ahli keluarga kena musibah, nak buat apa pun tak lalu.
Sebelum berbuka aku, mama dan Afiqah melawat kakak di JPMC dan bapa terpaksa menunggu dalam kereta kerana di sana anak kecil tidak dibenarkan masuk. Alhamdulillah sempat juga aku berinteraksi dengan kakak walaupun keadaannya lemah, tetapi ia lebih baik dari tadi. Menurut kakak, sepanjang proses dia rebah hingga menaiki ambulan seterusnya ke hospital, dia tidak sedar. Menyorong kerusi roda suaminya pun dirasanya bagaikan mimpi. Dibilik itu juga cukup rahmat kerana disediakan tandas serta kemudahan-kemud ahan asas yang lain. Menghampiri pukul 6 kami terpaksa beredar untuk berbuka. Walaupun hatiku rasa berat untuk tinggalkan kakak, aku terpaksa pergi. Ingin rasanya aku menemaninya dan berbuka di sana namun di rumah, lauk yang dibeli sudah menunggu. Di waktu itu kakak belum lagi disuruh makan hanya minum sahaja.
Semasa berbuka, bapa bertanya semula mama bagaimana mulanya peristiwa kakak rebah ketika berada didapur. Menurut mama, kebetulan dia menyusun barangan dapur termasuk barangan mentah yang baru dibeli. Ketika dia mengisi sayur dalam peti ais, dilihatnya kakak macam lain lalu hasrat menyusun barang terhenti kerana mama ingin memerhatikan keadaan kakak. Semakin lama menurut mama, kakak semakin tak stabil, dia beransur-ansur tumbang dan segera mama berlari ke arah kakak untuk menyambutnya. Syukurlah ada orang pada waktu itu kalau tidak, pastilah kepala kakak terhantuk simen dan ia mungkin akan membahayakan kakak. Cerita mama lagi, setelah jatuh atas riba mama, bunyi nafas kakak mulai kuat dan sekejap, nafas kakak berhenti. Terdetik rasa putus asa mama waktu itu kerana menyangkakakn kakak habis nyawa. Namun untuk menguatkan semangat kakak agar bertahan, rasa putus asanya diketepikan walau dia (mama) berada dalam putus asa dan kecemasan yangluar biasa. Akhirnya setelah badan kakak ditepuk sambil dipanggil-pangg il, kakak mula bernafas namun tidak teratur. Mulutnya berbuih, matanya seperti melihat keatas sekejap buka sekejap pejam. Pada waktu inilah mama memanggil bapa yang membuat kerja lain agar sama-sama memberi bantuan pada kakak yang dalam keadaan begitu.
Mendengar cerita mama aku berkali-kali berkata dengan cemas "eh janganlah kaka mati, janganlah, iatah satu-satunya kawanku di dunia ani". Mereka seolah memahami. Adikku afiqah pula ketika kejadian mengambil apa yang perlu untuk menutup aurat kakak dan tuala untuk menghentikan pendarahan yang terjadi. Dia juga panik tetapi berlagak chill. Ada juga dia menyuruh mama membasahi kepala kakak dengan air dan ais tetapi keadaan panik waktu itu tidak terbuat apa yang disuruh.
Itulah kejadian yang tidak disangka, harap selepas ini tiada lagi musibah yang berlaku. Setakat ini kakak masih di JPMC ditemani suami dan keadaannya stabil. Semoga dia segera sembuh dan akan sihat seperti biasa. Hari raya akan menjelma, bulan ramadhan bulan mulia, aku ingin kami berkumpul berbuka seperti sebelum ini. Syukur Alhamdulillah, abang, adik- adik dan kami sekeluarga bersatu memberi sokongan emosi pada kakak yang berjuang melawan sakit. Doakan ya, agar kakak hari ini boleh pulang ke rumah. Sebelum lupa, kakak berhasrat untuk membeli penghawa dingin baharu kerana penghawa dingin yang sedia ada tidak lagi segagah dahulu. Semoga hasratnya untuk membeli penghawa dingin akan tercapai dengan izin Allah jua. Ameen.
Sekian dulu cerita kali ini. Semoga kita semua akan dilindungi Allah.
Pagi itu entah mengapa hati ini rasa tidak sedap. Selalunya bila hatiku rasa sebegitu ada sesuatu yang akan berlaku. Berkali-kali aku cuba menafikan rasa hati yang tak sedap ini tetapi gagal. Dengan tidak semena-mena aku teringat pada kakak yang mana ingatan terhadapnya ini berlarutan hingga nak berehatpun tak senang. Hatiku seolahnya memanggil-mangg
Dengan rasa malas kerana berbaki rasa mengantuk yang masih tak kunjung hilang, aku berjalan dan menuju ke bilik kakakku yang mana suaminya baharu sahaja meninggalkan rumah ini untuk ke tempat kerja.
Bila aku masuk saja kedalam biliknya, aku disambut mesra oleh kakak dan kelakuannya kali ini agak moody serta suaranya pun agak lain. Hatiku sudah merasakan lain terhadapnya dan tertanya-tanya adakah kakak aku sakit atau sewaktu dengannnya. Meskipun kedatanganku ke biliknya mendapat sambutan yang agak dingin, namun aku gagahi juga demi memastikan dia sihat. Adalah juga sepatah dua kami berbual dan perkara yang masih ku ingati perbualan kami itu adalah dia rasa malas nak mandikan anaknya dan ingin menunggu ahli keluarga lain untuk menguruskan anaknya ini.
Mendengar itu aku mempelawa diriku untuk menguruskan anaknya namun kakak menghalang dan suruh tunggu sekejap.
Alhamdulillah ketika aku dan kakak berbual sambil melayan karenah si kecil, adik perempuanku (afiqah) datang ke bilik kakak dan bermain-main dengan si kecil lalu menawarkan diri hendak memandikannya. Alhamdulillah bisik hatiku, ada orang yang dah menguruskan anak ini.
Di kala itu hatiku masih rasa tak sedap namun mulutku seolah terkunci untuk memberitahu kepada kakak, ya Allah, apakah pertanda ini semua? Aku pasrahkan kepadamu.
Memandangkan aku masih gagal untuk mencari punca kenapa hati tiba-tiba terasa lain, aku bercadang untuk mandi sekejap dan akan kembali ke bilik kakak selepas selesai aku mengurus diri.
Aku mandi seperti biasa dan ketika beberapa lama aku berada dalam bilik mandi sambil badanku disimbahi air shower suam-suam panas, dari luar aku terdengar teriakan seseorang yang seolah-olah berada dalam kecemasan.
Segera aku menutup shower dan keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Aku menghendap dari celah pintu apa yang berlaku dan suara jeritan seseorang masih kedengaran macam orang tengah bergaduh. Tiba-tiba bapa memekik memanggil nama adikku (afiqah) yang sedang berada di tingkat atas berkali-kali dengan nada suara yang cemas dan memberitahu bahawa kakakku terjatuh di dapur. Allah!!! Aku tidak menghiraukan keadaan diriku yang masih berkemban dan segera membuka pintu untuk mendapatkan kakakku yang ada di dapur. Belumpun kaki ini melangkah, aku terdengar suara kedua-duanya (mama dan bapa), bersahut-sahuta
Aku yang mulanya tergamam mula menangis dan menghampiri kakak yang diapit oleh kedua ibubapa dan menangis. Aku memanggil-mangg
Akhirnya aku perhatikan mama seperti berputus asa lalu menyuruh bapa supaya mengalunkan azan agar segala-gala yang tidak baik tidak terjadi terhadap kakakku ini. Bapa mengumandangkan
"ok ko nunah, ok kau lai? ndangar kau suara mama, ndangar kau suara bapa nunah..." berselang seli mama dan bapa memanggil kakak. Panggilan mereka tidak berapa bersahut kerana kakak mungkin tidak stabil.
Dalam keadaanku yang tengah panik dan menangis kerana bimbang pada keadaan kakak, aku menyuruh mama dan bapa memberikan kakak air untuk diminum serta membasuh muka kakak. Alhamdulillah sarananku diturut dan kakak diberi minum serta dibasuh mukanya.
Dalam kekalutan itu bapa menghubungi ambulan untuk membawa kakak ke hospital dengan segera memandangkan kami takut untuk membawa sendiri ke hospital. Manalah tahu anggotanya tidak boleh diangkat sesuka hati. Daripada ia akan mengundang bahaya baik kami serahkan pada yang lebih pakar. Di samping itu aku menghubungi abang iparku yang merupakan suami kakak untuk memberitahukan keadaan kakak dan menyuruh dia segera pulang. Panggilanku dijawab. Aku tak kisah apa keadaan sekalipun, dia mesti disuruh pulang. Dalam keadaan menangis aku beritahu kakak rebah dan sekarang nafasnya masih sesak dan berbunyi kuat bak kerbau disembelih. Dia ada juga bertanya keadaan kakak tetapi bagiku sekarang, bukanlah masa untuk bertanya, aku menggesanya supaya jangan banyak tanya dan pulanglah sahaja dan terus mematikan talian.
Beberapa lama menunggu dan keadaan kakakku masih begitu nafas tak teratur dan macam orang mamai, ambulan belum juga sampai membuatkan hatiku bertambah risau, iparku pula belum sampai-sampainy
Akhirnya setelah beberapa lama menunggu kehadiran ambulan dan abang ipar, mereka pun sampai.
Kakak diberi rawatan awal dan pihak yang pakar cuba berkomunikasi dengan kakak. Kakak membalas komunikasi mereka tetapi keadaan dan suaranya masih lemah.
Segala detail dan keadaan kakak diberitahu pada pegawai perubatan yang bertugas dan setelah proses demi proses kakak akhirnya diangkat menaiki ambulan.
Sebelum itu, Sempat juga kakak menyorong kerusi roda suaminya untuk ke bilik menukar pakaian atas saranan pegawai perubatan kerana tidak elok dia berpakaian rumah bila menuju ke hospital nanti.
Terdetik rasa lega dalam hati ini bila kakak sudah boleh berdiri walau keadaannya masih lagi lemah.
Ketika ini barulah aku teringat anak kakakkuu yang masih belum mengerti apa-apa sedang berjalan di dalam rumah sambil bermain penyapu.
Aku terpaksa tidak ikut ke hospital pada petang itu kerana menjaga anaknya bersama afiqah sementara mama, bapa dan abang ipar mengiringi kakak ke hospital. Dalam ambulan kakak ditemani mama dan bapa menaiki kereta sendiri.
Sepanjang menunggu hatiku tidak hentinya berdoa agar janganlah terjadi apa-apa terhadap kakak, moga Allahh selamatkannya dari segala yang tidak diingini.
Pendek cerita, abang ipar yang menemani kakak di hospital memberitahu bahawa kakakku akan dirujuk ke JPMC untuk mendapat rawatan yang konon eksklusif. Lantaklah ke mana pun dia dirujuk yang penting kakak selamat.
Kami tidak ada hati hendak memasak pada hari itu untuk juadah berbuka dan hanya membeli diluar saja. Iyalah, bila ahli keluarga kena musibah, nak buat apa pun tak lalu.
Sebelum berbuka aku, mama dan Afiqah melawat kakak di JPMC dan bapa terpaksa menunggu dalam kereta kerana di sana anak kecil tidak dibenarkan masuk. Alhamdulillah sempat juga aku berinteraksi dengan kakak walaupun keadaannya lemah, tetapi ia lebih baik dari tadi. Menurut kakak, sepanjang proses dia rebah hingga menaiki ambulan seterusnya ke hospital, dia tidak sedar. Menyorong kerusi roda suaminya pun dirasanya bagaikan mimpi. Dibilik itu juga cukup rahmat kerana disediakan tandas serta kemudahan-kemud
Semasa berbuka, bapa bertanya semula mama bagaimana mulanya peristiwa kakak rebah ketika berada didapur. Menurut mama, kebetulan dia menyusun barangan dapur termasuk barangan mentah yang baru dibeli. Ketika dia mengisi sayur dalam peti ais, dilihatnya kakak macam lain lalu hasrat menyusun barang terhenti kerana mama ingin memerhatikan keadaan kakak. Semakin lama menurut mama, kakak semakin tak stabil, dia beransur-ansur tumbang dan segera mama berlari ke arah kakak untuk menyambutnya. Syukurlah ada orang pada waktu itu kalau tidak, pastilah kepala kakak terhantuk simen dan ia mungkin akan membahayakan kakak. Cerita mama lagi, setelah jatuh atas riba mama, bunyi nafas kakak mulai kuat dan sekejap, nafas kakak berhenti. Terdetik rasa putus asa mama waktu itu kerana menyangkakakn kakak habis nyawa. Namun untuk menguatkan semangat kakak agar bertahan, rasa putus asanya diketepikan walau dia (mama) berada dalam putus asa dan kecemasan yangluar biasa. Akhirnya setelah badan kakak ditepuk sambil dipanggil-pangg
Mendengar cerita mama aku berkali-kali berkata dengan cemas "eh janganlah kaka mati, janganlah, iatah satu-satunya kawanku di dunia ani". Mereka seolah memahami. Adikku afiqah pula ketika kejadian mengambil apa yang perlu untuk menutup aurat kakak dan tuala untuk menghentikan pendarahan yang terjadi. Dia juga panik tetapi berlagak chill. Ada juga dia menyuruh mama membasahi kepala kakak dengan air dan ais tetapi keadaan panik waktu itu tidak terbuat apa yang disuruh.
Itulah kejadian yang tidak disangka, harap selepas ini tiada lagi musibah yang berlaku. Setakat ini kakak masih di JPMC ditemani suami dan keadaannya stabil. Semoga dia segera sembuh dan akan sihat seperti biasa. Hari raya akan menjelma, bulan ramadhan bulan mulia, aku ingin kami berkumpul berbuka seperti sebelum ini. Syukur Alhamdulillah, abang, adik- adik dan kami sekeluarga bersatu memberi sokongan emosi pada kakak yang berjuang melawan sakit. Doakan ya, agar kakak hari ini boleh pulang ke rumah. Sebelum lupa, kakak berhasrat untuk membeli penghawa dingin baharu kerana penghawa dingin yang sedia ada tidak lagi segagah dahulu. Semoga hasratnya untuk membeli penghawa dingin akan tercapai dengan izin Allah jua. Ameen.
Sekian dulu cerita kali ini. Semoga kita semua akan dilindungi Allah.
Ulasan
Catat Ulasan