Dia Cuba Berhutang

Di kesempatan yang lapang ini aku ingin mencoretkan kisah yang baru sahaja berlaku semalam. Kisah ini membuatkan aku cuak dan merasa berat hati untuk meneruskan persahabatan dengan orang ini.
Biarlah aku ceritakan sedikit kronologi bagaimana aku mengenali orang yang akan ku ceritakan sekejap lagi. Kisahnya bermula apabila aku mencurahkan isi hati dalam salah sebuah group chat Fb yang berformatkan kucing. Jadi postingku mengenai kucing ini mendapat perhatian dari ahli group tersebut termasuk individu ini. Biarlah aku kenalkan ia sebagai Runner. Dalam posting tersebut aku menceritakan masalah kucing kesayanganku yang mengalami kudis, bulu gugur terlalu banyak dan masalah kurus badannya. Aku ingin membawanya ke vet tetapi atas masalah transport menyebabkan hasrat itu terbantut. Jadi aku meninggalkan nombor talifon bimbit untuk dihubungi barangkali ada yang sudi membantu. Aku mengesyorkan agar orang yang menolong adalah seorang perempuan.
Selang beberapa lama selepas posting dihantar di gc itu, talifon bimbitku berbunyi menandakan ada whatsapp masuk. Aku membuka peti whatsapp dan nombor yang tidak ku kenali menghantar whatsapp. Dia mempelawa untuk membantu kerana kasihan pada kucingku yang bermasalah lagipun dia mendakwa mengadakan perkhidmatan runner dengan upah dan harga yang berpatutan.
Memandangkan kucingku memerlukan bantuan segera kerana masalahnya semakin melarat, aku terima huluran tangan dari sang Runner ini dan mula berunding dengannya. Alhamdulillah dia seorang wanita membuatkan aku rasa selesa berchatting dengannya.
Akhirnya setelah perundingan demi perundingan dibuat, aku ambil keputusan untuk grooming kucing kesayanganku itu sebelum membawanya ke vet untuk diperiksa dan mendapat rawatan sepatutnya. Dia ke rumahku pada waktu awal petang dan aku mengambil keputusan untuk tidak ikut bersama kerana ia akan memakan masa yang lama lagipun dia sendiri yang menawarkan bantuan agar urusan diuruskan olehnya sendiri sahaja.
Aku disuruh memindahkan wang sebanyak 100 ringgit termasuk bayaran grooming, service klinik dan service individu yang bernama Runner ini. Demi kucing dan bersangka baik pada runner ini, aku berkorban memindahkan wang 100 ringgit kerana dia (Runner) berjanji jika ada lebihan wang dia akan memulangkannya kepadaku.
Dipendekkan cerita kucingku selamat dihantar balik ke rumah dan aku terkejut kerana kucingku dibelikan cat carrier yang mana aku tidak diberitahu awal. Aku sedikit terkilan kerana dia sewenangnya menggunakan duit yang ku beri tanpa pengetahuan dan perbincangan denganku. Tetapi demi tidak mahu hubungan tegang, aku diamkan sahaja dan yang paling penting pada masa itu kucingku selamat dan sudah dirawat. Berkali-kali aku whatsApp dia bertanyakan jumlah semua kos yang keluar untuk kucing serta upah individu ini tetapi tiada jawapan yang pasti ku terima. Apa yang dijawap kepadaku "inda ku tahu sis berapa duit kita ku pakai lagipun ada yang nda berisit." Allahu, sepatutnya dia lebih peka dan bertanggungjawab dengan duit dan amanah yang ku beri. Aku masih boleh bersabar, tak apalah biarlah.
Hari demi hari belalu dan aku selalu mengemaskini status dii whatsapp mengenai kucing yang beransur sembuh. Setiap kali aku postkan status kucingku, Runner ini sering membalas status ku itu dengan memancing menyuruh aku membeli itu membeli ini kononnya demi kesejahteraaan sang kucing kesayangan. Akhirnya aku terjebak sekali lagi dengan pancingannya bila mana dia menawarkan untuk membelikan makanan kucing beserta ubat cacing agar kucingku tidak kecacingan lagi. Aku menolak dengan baik dan mengatakan nanti sahaja aku memberitahunya jika ingin membeli ubat cacing itu. Seterusnya dia menawarkan pula makanan kucing jenama Royal Canin hair and skin agar masalah kulit dan bulu selesai. Pujukan dan rayuannya membuat aku bersetuju lagipun rc terkenal dengan kualitinya yang primium untuk kebaikan kucing. Setelah aku bersetuju membeli royal canin, dia menyuruh aku memindahkan wang sebanyak 20 ringgit sedangkan makanan kucing itu hanya berharga $9.90 jadi yang selebihnya buat apa? sedangkan yang ku tahu service runner inini dikenakan 5 ringgit sahaja. Duitku yang ku pindahkan 100 ringgit itupun aku tak diberi tahu berapa lagi yang tinggal. Bodohnya aku waktu itu. Sekilo royal canin tetapi aku perlu memindahkan 20 ringgit? Seperti biasa kelazimannya sebelum ini jika mempunyai baki, dia berjanji akan memulangkan kepadaku.
Tidak lama selepas itu dia menawarkan lagi royal canin 10kg. Berbagai kata pujukan diwhatsapppnya kepadaku tentang besarnya pahala memberi makanan terbaik untuk kucing, stock banyak-banyaklah dan akhirnya sekali lagi aku tersungkur dengan kata-kata manis dari runner ini. Sekali lagi aku disuruh memindahkan wang sebanyak 100 ringgit lagi kerana harga rc $89.90. untuk hari itu sahaja aku memindahkan wang sebanyak 2 kali berjumlah 120. Ya Allah... sudahlah dalam akaunku waktu itu nyawa-nyawa ikan, aku terpaksa pula memindahkan wang 120 kepada individu ini.
Waktu magrib dia datang ke rumah menghantar barang pesananku berupa 2 royal canin 1kg dan 10kg dengan jumlah wang 90 lebih ringgit. Dia menyerahkan rc tanpa memulangkan lebihan wang yang ku pindahkan. Ya Allah, aku memerlukan bantuannya, jika dia berniat menipu dan ambil kesempatan kepada hamba, hamba mohon dia diberi petunjuk dan balasanMu.
Semenjak dari peristiwa itu aku tidak lagi berchatting dengannya. Aku hanya melihat status whatsapp darinya sahaja. Namun setiap kali aku mengemas kini status si bulusku, dia mulalah membalas whatsapp status dengan pujuk rayu. Syukur alhamdulillah kali ini aku tidak lagi terpedaya dan mula sedar yang dia hanya menggunakan aku untuk memeras wang sahaja bersalut tawaran bantuan. Wahai runner, aku difahamkan kau mengandung, usahlah berniat jahat pada orang lain lebih lagi OKU sepertiku. Aku tidak selamanya bodoh!!!
Ok, peristiwa itu berlalu begitu saja dan pada 30 april ketika menghampiri waktu berbuka aku menerima whatsapp darinya. Dia memberi salam dan aku hanya sedar msgNya setelah aku masuk ke bilik dan memeriksa telefon. Aku jawab salamnya dan kali ini aku tidak lagi boleh bersangka baik terhadapnya. Jika tidak berhajat masakan dia sanggup msg aku, aku mesti berhati-hati. Setelah aku jawab salamnya, msg senyap begitu saja menyebabkan hatiku kuat menyatakan yang dia ada hajat tetapi merasa keberatan untuk mengutarakan.
MsgNya terbiar begitu saja. Aku malas ambil pusing. pandailah dia msg kalau dia berhajat. Esok petang dia menghantar whatsapp lagi kepadaku dengan bunyi "bulih minta tulong arah kita sis?"  Aku jawab dengan manis dan sopan walau hatiku sakit dan mula curiga padanya. Dalam hati mengomel kalaulah dia hendak berhutang aku takkan mahu menolong kerana baki wang ku sehingga kini tidak kembali-kembali. "apa sis, kalau ku bleh tulong ku tulong, kalau inda, awal2 tah ku minta maaf arah kita". Lama msg ku itu dan hati ini mula bersangka kuat misti pasal wang yang dia hajatkan. Aku sudah bersedia. Terfikir jua aku untuk menyekat whatsappnya ini tetapi aku menunggu dahulu cerita seterusnya. Lagipun tidak profasional jika aku terus menyekat tanpa beralasan apa-apa.
Tiba-tiba beberapa minit kemudian msg dihantar lagi. Benarlah sangkaankuu yang dia berhajat meminjam wang sebanyak $30 dengan alasan suaminya tengah bulan ini baru dapat gaji. Setelah dapat gaji dia berjanji akan membayar  30 yang hendak dipinjamnya. Allah... Tidak tahu malu engkau ini. Dahlah wangku tiada ku tahu berapa baki yang kau songlap kini kau cuba lagi meminjam wang kepadaku.
Aku takut kerana dia (runner) baru saja aku kenali. Memandangkan aku berkeadaan OKU, bagaimana aku hendak menagi jika dia enggan membayar? detail dirinya sahaja aku tidak berapa tahu. User fbNya hanya menggunakan nama anaknya sahaja. Aku tidak mahu menolongnya kerana aku pun perlu menyimpan untuk keperluan diri apatah lagi di bulan ramadhan memerlukan belanja jika teringin makan sesuatu.  Aku tidak mahu dia terus membuli diri ini kerana wang yang lepas-lepas tidak pun dikembalikan walau dia berjanji setiapkali aku membuat pemindahan. Mulanya malas aku hendak membalas whatsappnya tetapi memikirkan adab sopan aku jawab sahaja dengan alasan aku hendak membayar kurban sempena aidil adha dan keperluan-keperluan lain. Terpulanglah dia berkecil hati atau apa, aku dah tak kisah. Sekiranya setakat ini sahaja dia menolongku, aku redha kerana aku yakin, setiap perbuatan dan hajat baik, pasti Allah akan mudahkan.
Akhirnya dia akur dan aku doakan dalam balasan teks whatsapp semoga dia akan mempunyai kelapangan lain. Dia kata "ameen, me takut saja nda sampat pertengahan bulan sis". Lantak kaulah labu aku berkata dalam hati, bukan urusan aku. Aku sendiri pun malu hendak meminjam wang dengan sesiapa walaupun dengan keluarga sendiri. Terkecuali terdesak sangat itu berkemungkinan. Pada aku jika dapat, aku ingin usaha sendiri tanpa berhutang. Aku takut tidak sempat membayar kerana umur bukan dalam penentuanku. jika diberi pilihan meminjam atau bersabar menunggu terima, aku lebih rela memendam rasa menunggu terima elaun dari berhutang. 30 ringgit bagiku jumlah yang besar kerana dengannya macam-macam aku boleh gunakan. Apatah lagi elaunku tidak seberapa hanya 250 ringgit sebulan sahaja.
Hairan juga aku, dalam statusnya dia showoff berniaga popia simpul, mengadakan perkhidmatan runner pun meminjam lagi dari orang. Allahu... Malas aku nak cakap banyak. Kemanalah lari wang hasil businessnya selama ini? Aku malas lagi membalas whatsapp darinya, pandai-pandailah kamu berdikari. Aku mesti menolong diri sendiri dahulu sebelum menolong orang lain lebih lagi orang itu baru dikenali malahan aku tak tahupun latar belakangnya. Jika berhajatkan 30 ringgit pergilah buat service runner yang dikenakan setiap perkhidmata berharga 5 ringgit. buatlah 6 kali perkhidmatan runner nescaya sis akan dapat mengumpul 30 ringgit. Usah terlalu harapkan orang lain meminjamkan kerana masing-masing ada masalah tersendiri.

Ulasan