Anak Kucingku Mati Seekor
Sudah seminggu 2 hari aku menerima kehadiran anak kucing sebanyak 4 ekor dari Ragi anak bulusku. Tetapi belumpun sampai sebulan, salah seekornya telah mati entah kenapa. Berikut adalah kisahnya...
Aku tidak perlu merasa khuatir dan risau tentang penjagaan 4 ekor anak bulus itu kerana ibunya (ragi) merupakan seekor ibu kucing yang pengasih lagi penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak-anaknya. Keempat-empat anak-anaknya diberi cukup kasih sayang dan penyusuan. Tetapi entah kenapa dan apa sebabnya salah seekor dari mereka tidak selamat. Setelah 9 hari umurnya dia telah dijemput ilahi. Disebabkan aku tidak risau akan keadaan anak-anak kucing itu, jadi aku jarang memantau mereka, hanya sesekali sahaja aku memantau dalam sehari. Seperti yang aku kata tadi, ibunya seekor ibu yang penyayang...
Mungkin Allah menggerakkan hatiku pada awal pagi tadi untuk memeriksa anak-anak Ragi yang ada dalam rumah kucing yang aku sediakan untuk mereka. Apabila tanganku menyeluk saja rumah, terasa kaki seekor anak kucing ini dalam keadaan tidak bergerak. Bila aku kuis-kuis, ia tidak bergerak juga, pada mulanya aku menyangka anak kucing yang seekor ini sedang tidur. Tetapi aku kuis lagi sekali seterusnya pegang badannya alangkah terkejutnya aku kerana badan anak kucing ini sudah sejuk seolahnya ia bukan baru mati. Apabila aku angkat, tiada riaksi yang mengesahkan ia sudah tidak bernyawa. Kebiasaannya apabila dibelek-belek, anak kucing akan bergerak jika masih hidup, ini tidak, dan aku perasan, ia sudah mulai mengeras. Aku cuba mencari-cari hembusan nafas, juga tiada. Ya Allah, rupanya inilah sebab kenapa hatiku digerakkan untuk memeriksa rumah mereka.
Aku Termenung dan memikirkan untuk menanam anak kucing ini tetapi aku tidak mahir dalam tanam menanam. Pun lagi, ini masih terlalu awal pagi menyebabkan aku tidak berani untuk keluar rumah. Manusia masih lena diulit mimpi. Kalau hari sudah siang dapat juga ku minta bantuan untuk mengubur anak kucing ini.
Setelah termenung beberapa lama, aku ambil plastik dan segera mengangkat anak kucing yang sudah kaku itu dan simpankannya sementara dalam beg plastik. Kali ini aku pasti dia sudah tidak bernyawa kerana apapun yang aku lakukan tidak menunjukkan dia hidup.
Dalam keadaanku yang begini, aku mundar-mandir keluar dari bilik mencari ilham dan bantuan. Tiada siapa. Aku cuba keluar rumah, sunyi hanya kedengaran suara pekerja kontrek yang berada di kejauhan untuk membuat rumah barangkali.
Akhirnya aku berdoa pada Allah, agar dihantar seorang hamba Allah untuk membantu. Nak minta pertolongan dari abang ipar, aku rasa lama lagi dia nak bangun dan aku risau bangkai anak kucing ini akan berbau.
Sebagai insan sayangkan kucing, aku harus bertanggungjawa b, aku tak akan menyemberanakan bangkai kucing ini di merata tempat, aku kena cari juga orang untuk tolong kuburkan.
Akhirnya pertolongan Allah datang. Dari luar rumah aku terdengar suara seseorang sedang berbasikal. Mungkin jiran kami agaknya kerana ia membonceng anak kecil. Aku pun panggil dan dia datang kepadaku.
Aku segera meminta tolong padanya dengan memberitau situasiku dan apa terjadi. Aku minta dia tanam bangkai anak kucing ini. Dia setuju dan tanya dimana harus dia kuburkan, aku memberi kebebasan padanya untuk menguburkan dimana sahaja. Janji, anak kucing ini selamat dikubur. Akhirnya dia mengambil beg plastik yang berisi bangkai anak kucing itu dan bawa ke sesuatu tempat untuk dikuburkan. Sebelum dia berlalu pergi, aku mengucapkan terimakasih kepadanya.
Agaknya orang itu digerakkan oleh Allah untuk melintas di depan rumahku untuk membantu. Terimakasih ya Allah.
Sekarang, aku tiada kekuatan untuk mengetahui warna anak kucing yang telah mati itu. Biarlah ia jadi misteri. Aku tidak mahu melihat warnanya. Waktu aku simpan dalam beg plastik pun, aku palingkan muka ke tempat lain.
Itulah cerita pagi ini dan dengan rasminya, anak kucingku tinggal 3 ekor. Doakanlah semua semoga ketiga-tiganya akan selamat dan panjang umur. Ameen....

Sebagai insan sayangkan kucing, aku harus bertanggungjawa

Ulasan
Catat Ulasan