Dia Cuba Berhutang

Aku ingin menyambung lagi cerita yang ku coretkan baru-baru ini di blog ku mengenai runner yang telah membuli diriku sebelum ini. Rupa-rupanya kes dia cuba berhutang bnd30 bukanlah yang terakhir. Dalam beberapa hari selepas aku enggan meminjamkannya wang sebanyak bnd30 dia ada lagi menghantar teks melalui whatsapp meminta topUpkan kad tambah nilai easi sebanyak 5bnd pulak! Inilah ceritanya.
Suatu malam di bulan ramadhan ini ketika warga perkhidmatan awam baru sahaja terima gaji pertengahan bulan, aku ada menerima mesej whatsapp dari runner ini ketika aku baru saja masuk ke bilik selepas berbuka dengan keluarga tersayang. Aku rasa terganggu dengan mesej ini kerana dalam keadaan lepas menahan lapar dan dahaga, aku ingin berehat seketika. Dengan malas aku buka peti whatsapp dan rupanya runner ini yang menghantar teks. "assalam sis, bulih tulung aku hari ani?" salam diberi dan aku jawab juga walau aku sudah merasa cuak dengan individu ini dek kerana kes hutangnya baru-baru ini. Setelah salam dijawab dia punn berkata lagi "bulih topupkan easi 5bnd sis? isuk ku ganti". ah sudah, minta topupkan easi pulak dahh... Bukankah dahh pertengahan bulan ni? orang baru sahaja terima gaji setengah bulan kenapa dia nak minta topupkan easi? Kemanakah duit hasil berniaga popia, hasil membuat perkhidmatan runner dan gaji suaminya yang didakwanya sebelum ini yang akan keluar pada 14mei ketika dia cuba meminjam 30 sebelum ini? sepengetahuanku juga, dia ada perbankan online yang membolehkan dia menambah nilai kad easi tanpa perlu minta topupkan pada orang lain. Aku masih cuba menahan emosi dengan membalas chatnya dengan sopan dan santun, "sorry sis inda ku dapat, aku pun balum terima ni, batah lagi terima". Memang betul pun aku belum terima elaun untuk bulan ini dan waktunya pun masih jauh lagi pada masa itu. Satu lagi beban yang sedang melanda, aku tengah menunggu kurnia untuk musim perayaan ini yang mana kurnia itu sedang dalam proses untuk diagihkan pada penerima yang terpilih termasuk aku. Orang itu dengan sikap memajalya bak kata orang brunei tidak berputus asa memujuk agar aku mahu menambah nilai bnd5 easinya. "isuk ku ganti sis topupkan dulu". Perasaan marah hampir tak dapat ku tahan namun aku masih juga cuba membalas dengan sopan dan santun walaupun sepatutnya orang ini tidak perlu kita bersopanpun padanya lagi. "bah ku transfer saja 5bnd macamana?" aku cuba menduga. "maksud kita transfer macamana tu?" tanyanya. "eh kalau main transfer nda tia naik tarikh mansuhnya tu sis." ujarnya lagi. Setelah itu aku pun jawab dengan jari yang terketar-ketar "nda ku dapat sis, topuptah sendiri lagipun akaun ku ani cukup-cukup makan saja ni sementara menunggu terima. Teksku tidak dibalas sehinggalah beberapa hari selepas itu...
"tingggg...." bunyi notifikasi whatsapp masuk. Aku raih telefon dan buka mesej itu. dia lagi! nak tahu apa katanya? "assalam sis? bulih tulong aku hari ani?" Aku tiada hati lagi hendak membalas teks hamba Allah yang tidak tahu segan ini dan membiarkan sahaja mesejnya tidak berbalas. Aku tak membuka pun ruangan chat dari orang ini dan hanya membaca dari luar sahaja. Keesokannya mesej dihantar lagi pada perkara yang sama minta tolong. Akhirnya apabila segala mesejnya tiada balasan dariku dia pun mesej lagi. "sis kita ada 20bnd? minjam isuk ku ganti sis..."
Esh apalah orang ini tak tahu malu betul. Dahlah aku tak berapa kenal, berjumpa pun hanya sekali dua berani meminta tolong pasal duit. tiadakah dia mempunyai keluarga agar dapat dia berhutang? Kaalau nak dikira bantuan yang diminta kepadaku bermula dengan bnd30, kemudian bnd5, dan akhir sekali bnd20 jumlahnya 55bnd yang mana jumlah ini bagiku cukup besar apatah lagi aku hanya berharap pada elaun yang diberi kerajaan disebabkan kebutaanku.
Orang ini menambah tekanan yang sedia aku hadapi kerana diketika itu beberapa hari sudah proses agihan kurnia tetapi aku belum pun dihubungi untuk menjunjung kurnia. Bukanlah aku berharap kurnia itu, tetapi sebagai manusia dan insan yang berperasaan normel, itulah harapan untuk simpanan serta memenuhi, kebutuhanku. Nak meminta dari ibu dan bapa aku pun segan kerana sepatutnya dalam usia sebegini, akulah yang memberi mereka bukan menyusahkan mereka.
Sangkaanku orang ini akan berhenti kerana aku hanya membiarkan whatsapp teksnya tidak berbalas tetapi dia menteks aku lagi meminta perkara yang sama "assalam sis, kita ada 20? minjam ku dlu". Sehingga kini mesej itu tidak ku balas malahan aku delete conversation dari orang ini.
Kenapalah dia tak tahu segan? sedangkan aku pun kalau nak berhutang dengan keluarga aku akan berfikir berbillion kali disebabkan segan. Apatahh lagi dengan orang lain, lagilah ku segan! Aku rela menunggu sehingga terima gaji yang akan datang dengan penuh kesabaran.
Ya Allah, kau ampunilah aku kerana enggan membantu orang ini, kerana hamba tidak mahuu menjerumuskan diri ke arah masalah dan kebinasaan. Biarlah dia menyangka aku jahat dan apa-apa sangkaan negatif sekalipun, yang penting aku harus menyelamatkan diri dari dimangsakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ya, dia tahu keadaanku kekurangan yang mana permintaannya sebelum ini tidak ku penuhi dengan alasan belum terima. Mungkin dia menyangkakan orang menerima kurnia makanya aku turut menerima seterusnya didesak untuk meminjamkannya wang. Wahai manusia, wahai insan yang ada di fb atau laman sosialku, 1000 bukanlah sebanyak mana, jika tidak pandai sehari pun boleh habis. pun lagi, Tidak semua penerima itu boleh berseronok dengan duit kurnia. Manalah tahu dia ada beban yang perlu diselesaikan. Cop cap cop cap, bayar itu, bayar ini sorong tarik, akhirnya seribu pun habis.
Tolong jangan ambil kesempatan pada orang yang kekurangan dan lemah di mata kamu, sepatutnya jiga kamu terjumpa orang kekurangan ambil pengajaran daripadanya dengan mensyukuri kelebihan dan kesempurnaan yang ada pada anda. Insan sempurna seperti kamu boleh berusaha mendapat income dengan berniaga dan sebagainya, usah berharap dan bergantung pada orang lain untuk membantu.
Hutang bukanlah boleh dibuat main kerana dengan kerana hutanglah urusan kita di mahsyar akan melalui kesukaran.
Dan kepada orang itu, aku hairan dengan kamu, konon kamu ada suami yang berkerja kerajaan, kamu pulak berbusiness runner dan berjuall popia, dalam status kamu selalu showoff tentang perniagaan dan duit yang kamu simpan untuk keluarga, jika benar, kenapa tidak digunakan sahaja duit simpanan yang kamu shoff itu malahan kamu tanpa rasa malu berhutang pada orang lain? orang yang tidak dikenal pulak tu? Kalaulah aku bodoh menuruti saja permintaan kamu selama ini, bnd30, bnd5 dan bnd 20 apa akan terjadi padaku, sudahlah dalam akaunku tidak sebanyak mana, aku rasa kamu akan buat-buat tak tahu bila tiba waktu membayar, jika ditagih, mungkin whatsappku akan disekat, jadi kemana akan aku cari kamu dalam keadaanku yang buta begini? Akhirnya aku yang tertunggu-tunggu macam sii paloi!
Aku memang buta, tetapi bodoh, insyaAllah tengok dulu.
harap maaf jika aku meluahkan kerana aku tertekan kerananya mana lagi tertekan menunggu kurnia dia lagi menambah tekanan. cukuplah kali ini aku tertekan ya Allah.

Ulasan