semoga Aku Dapat membuat yang terbaik
Kira-kira jam 5 setengah pagi 4 Julai 2020, aku dikejutkan dari lena dengan suara halus berupa anak kucing. Aku pasti, itu pasti kucingku Ragi yang baru melahirkan anak. Dalam keadaan terpinga-pinga dan masihh mamai, aku bingkas bangun dari tempat peraduanku yang empuk dan segera memeriksa keadaan si Ragi dan paling penting aku mahu memastikan di mana dia melahirkan anak-anaknya. Patutpun pada awal pagi sebelum ini apabila Ragi tidur di atas katil bersamaku, terasa basah di bahagian ekornya dan pekat pulak. Memang aku tahu itu adalah berupa tanda yang dia akan melahirkan anak berdasarkan keadaannya yang sudah sarat dan cecair yang keluar.
Aku malas nak buka lampu pada masa tu untuk tengok apakah jenis cecair yang mengalir membasahi ekor ragi kerana aku masih mengantuk dan waktu itu pun masih awal iaitu jam 2 ke 3 pagi.
Aku hanya membawa ragi ke bilik air untuk membersihkan cecair yang terdapat pada tubuhnya dan menyuruhnya agar tidur di atas lantai atau katil yang tersedia kerana aku tak mahu terganggu disebabkan cecair itu.
Dan benarlah dia akan melahirkan pada hari itu. Setelah aku dikejutkan dari lena dengan suara anak kucing, aku mencari di mana ragi. Ternyata dia beranak di dalam cat carrier yang agak sempit dan aku rasa tidak selesa baginya yang masih dalam proses untuk melahirkan anak. Pada waktu itu aku pegang ragi yang sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya. Aku juga memegang perutnya dan ternyata ia masih buncit menandakan anaknya masih ada di dalam dan menunggu masa untuk dilahirkan ke dunia yang penuh pancaroba ini.
Disebabkan Aku kurang menglihatan, aku terpaksa menggunakan deria rasa dan gerak hati serta dibantu oleh teknologi telefon bimbit yang canggih yang dikhaskan untuk orang berkeperluan buta sepertiku untuk ambil tahu situasi dan keadaan kucingku yang beranak ini.
Pada masa itu aku agak takut kalau-kalau anaknya ada yang mati kerana berdasarkan pengalaman yang lepas sewaktu Ragi beranak, anaknya tidak semua yang selamat. Alhamdulillah kesemua anak-anaknya hidup dan harapanku, mereka akan panjang umur sehingga masa yang akan memisahkan aku dengan mereka nanti.
Berdasarkan tempatnya melahirkan itu ku rasa tidak sesuai kerana dia belum lagi selesai serta takut anaknya mati ditindih ibunya, aku dengan berani namun mengambill langkah berhati-hati, pindahkan Ragi bersama anak-anaknya di dalam kotak yang agak selesa agar dia senang bergerak serta senang pula melahirkan dan menyusui anak-anaknya.
aku memakai sarung tangan pakai buang untuk menyentuh anak-anaknya kerana aku merasa geli disebabkan mereka masih basah. Ketika ini aku dapat tahu anaknya baru 2 ekor dan yakin akan ada lagi yang menyusul keluar sikit masa lagi.
Ternyata tindakanku memindahkannya bersama anak-anak tidak disenangi, dalam keadaan dia belum selesai melahirkan anak dibawanya anak-anaknya yang masih bertali pusat ke dalam kotak pasir yang berada di tandas bilikku.
Kali ini aku mulai bingung dan pening. Aku belum membersihkan lagi kotak pasir mereka itu dan pastilah tempat itu kotor dan tidak sesuai untuk dia melahirkan seterusnya menyimpan anak-anaknya di sana.
Kali ini kesabaranku diuji, dalam keadaan yang masih lagi mengantuk kerana belum cukup tidur, pasir jadi berselerak membuatkan aku terpaksa membersihkannya menggunakan vacume cleaner. Allahuakbar, inilah salah satu kesabaran yang ada kalau kita memelihara kucing.
Aku berusaha memindahkan semula anaknya dan dirinya dalam kotak asal namun sekali lagi anaknya dibawa ke tempat kotak pasir. Kesabaranku diuji lagi namun aku beristighfar dan memotivasikan diri bahawa kucing hanyalah seekor binatang dan tidak berakal. Mungkin Ragi ini tidak suka kotak yang ku sediakan kerana tidak beralas kain. Aku segera ke luar bilik mengambil tuala dan alaskan kotaknya dan mula memindahkan ragi bersama anak-anak. Kali ini aku perasan bahawa ragi sudah melahirkan 4 ekor anak tetapi keempat-empatnya masih bertali pusat antara satu sama yang lain.
Aku bercadang untuk memotong tali pusatnya tetapi ia terbantut kerana aku takut akan memudaratkan sang kucing serta ibunya. Maklum sajalah baru pertama kali kucing beranak di depanku sendiri. Aku perasan lagi, ada teburi yang masih melekat pada salah seekor daripada mereka. Aku masih lagi bersarung tangan dan terasa anak-anaknya masih lagi basah.
Sebelum aku pindahkan mereka ke kotak yang sudah beralas, aku bersihkan anak-anaknya satu persatu yang masih terikat tali pusat kerana aku tidak mahu bekas pasir turut berpindah ke kotak yang masih bersih. Dalam keadaanku yang kurang penglihatan, aku bertawakal dan hanya membuat semampuku. Jika Allah mengurniakan aku penglihatan yang sempurna, pasti aku akan dapat memberi khidmad yang sempurna. Dalam hatiku cukup sayu dan tidak hentinya berkata, "maafkan mummy lai ah, mummy ani nda meliat lai, mummy cuba bersihkan dan buat apa yang mummy mampu. Tali pusatmu mummy takut kan mutung, cematu jua urimu lai"... Begitu omelku dalam hati.
Setelah dibersihkan semampunya, aku pun simpan mereka anak beranak dalam kotak yang beralas. Sebagai usaha agar dia tidak lagi mengulangi membawa anaknya ke kotak pasir yang kotor itu, aku tutupkan pintu tandas dan alhamdulillah, Ragi bertahan dalam kotak itu mungkin dia sudah rasa selesa kerana telah ku alas dengan kain.
Dalam hati ini selalu berdoa sehingga kini, agar aku dapat menjaga mereka dengan baik walaupun aku hanya seorang yang buta. Kasih sayangku terhadap ragi tiada tolok gantinya. Namun aku agak sedikit terkilan dan sedih, disebabkan kapasiti rezeki dan keluasan bilik agak tidak mengizinkan untuk aku memelihara banyak kucing, 2 ke 3 bulan akan datang aku terpaksa serahkannya pada pencinta yang benar-benar menyayangi binatang kesayangan Rasulullah ini.
Setakat ini aku berserah dan tawakal 100 peratus kepada Allah, agar diberi kesabaran dan kemampuan serta rezeki yang luas agar aku dapat memberi yang terbaik pada makhluk Allah yang paling ku sayang ini.
Setakat ini mereka dalam keadaan yang baik. Mungkin ada yang tertanya-tanya alat canggih apa yang aku gunakan untuk mengetahui warna dan apa sahaja tentang anak-anak ragi? Ok, takpelah, biarlah aku terangkan satu persatu.
1. Alat semulajadi dari Allah iaitu tangan dan jari. Ini aku gunakan untuk menyentuh Ragi dan mengetahui keadaan anak-anaknya samada masih hidup atau mati.
2. Telefon bimbit yang biasa orang celik gunakan tetapi aku installkan perisian khas yang akan memberitahu warna, keadaan dan apa sahaja. Perisian ini berbayar tetapi tak apalah, demi keperluanku, akuu berkorban membeli. Perisian itu bernama Eye d pro (maaf kalau siap eja). Perisian ini akan memberitahu sesuatu seperti, warna, keadaan sesuatu itu basah atau kering dan sebagainya.
Ada juga orang bertanya samada aku nampak atau tidak kerana aku boleh tahu warna anak kucing. Ingin aku beritahu pada yang bertanya dan anda, aku tidak berkemampuan melihat dengan jelas dan hanya bergantung harap kepada alatan canggih yang dicipta manusia.
3. deria rasa. Ya, aku memerlukan deria rasa yang Allah pinjamkan ini untuk hidup di dunia ini dan bagi mengetahui situasi yang aku hadapi. Aku yakin deria rasa ini Allah kurniakan pada setiap insan yang senasib seperti aku ini. Jika tiada deria rasa yang Allah kurnia, nescaya kami akan hilang pedoman dan arah untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Deria rasa ini bagi setiap orang lain-lain dan tidak dapat dihuraikan dengan tulisan dan kata-kata.
Eh, panjang pulak aku berceloteh. Sekianlah dulu. Doakan ya semua, aku dapat menumpukan perhatian pada keluarga dan kucing-kucingku. Moga Allah murahkan rezeki bagi sesiapa sahaja yang menyayangi dan melindungi sesama makhluk.
Keadaanku yang buta ini tidak menghalang diriku untuk menyayangi makhluk Allah.
Lantai bekas kesan darah aku bersihkan semampunya dan misi hari itu berakhir dengan jaya.

Ulasan
Catat Ulasan