Luahan Hatiku Yang sudah Lama Tersimpan
Assalamualaikum semuanya. Sekali lagi aku muncul dalam satu lagi luahan hati yang sudah sekian lama aku pendam di hati dalam-dalam. Harap luahanku ini tidaklah menjadi isu kepada sesiapa yang terlibat kerana ini adalah sebenar-benar rasa yang tulus ikhlas dari hati ini.
Alhamdulillah, kita semakin menghampiri musim hari raya haji yang mana pada hari raya ini ramai dikalangan kita mengadakan majlis ibadah korban. Begitu juga aku turut mengambil bahagian dalam ibadah ini bersama keluarga sebelah suami kakakku. Tahun ini insyaallah adalah tahun yang kedua aku turut serta. Sebelumnya aku ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih yang tidak terhingga kepada keluarga suami kakak kerana memberi peluang kepadaku untuk mengambil bahagian walaupun ibadah ini dikhaskan untuk keluarga mereka sahaja. Peluang ini sangat-sangat aku hargai dan perasaan terharu hanya Allah sahaja yang tahu.
Namun begitu aku cukup terkilan bukan kerana kesilapan sesiapa tetapi kerana kekuranganku menyebabkan segalanya terbatas.
Sepertimana yang dikatakan, tahun ini ialah kali kedua aku turut serta. Sebelum ibadah korban diadakan, kami yang terlibat dikumpulkan di dalam sebuah group whatsapp untuk membincangkan tugasan dan apa peranan masing-masing di majlis itu nanti.
Membaca perundingan ahli dalam group berkenaan menyebabkan aku menjadi rendah diri kerana tidak dapat mengambil peranan dalam membantu apa yang patut.
Masing-masing telah diberikan tugas untuk menjayakan majlis yang akan diadakan terkecuali aku yang tidak dapat turut serta kerana kekurangan yang Allah kurniakan kepadaku ini.
Jika diturut rasa hati, ingin akuu sama-sama turut serta menyengseng baju dan meringankan tulang untuk membantu namun semuanya rasanya mustahil untuk dilakukan. Jika aku berkeras untuk membantu, dibimbangi bukan mempercepatkan pekerjaan malahan akan melambatkan lagi kerja yang seharusnya lancar.
Sebab itulah aku hanya menjadi pembaca senyap dalam group korban itu dan tidak membalas apa-apa. Bukanlah aku tiada perasaan bersalah kerana tidak dapat ikut serta meringankan kerja, tetapi keadaan fizikal ini tidak memungkinkan. Aku memohon jutaan maaf dan ampun kepada semua termasuk yang terlibat yang membaca luahan ini kerana atas kekurangan yang Allah beri, aku tidak dapat membantu meringankan kerja.
Walaupun mereka sudah sedia faham tentang kekuranganku, namun di hati ini tetap dihimpit rasa bersalah dan berdosa bukan sahaja kerana majlis korban tidak dapat menyumbang tenaga, tetapi setiapkali aku hadir di majlis keluarga mereka, aku pulak yang dibantu. Disini aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada keluarga suami kakak yang budiman, jika ada yang aku tersusahkan biskita semua. Disini aku hanya bercakap tentang rasa hatiku, dan aku tidak melibatkan kakak dalam soal ini kerana mungkin rasa hatinya lain dengan hatiku.
Terimakasih juga kerana sepanjang 8 tahun kakak berada dalam keluarga biskita, aku dilayan dengan layanan yang baik, aku merasa beruntung kerana Allah pertemukan dengan insan-insan terbaik seperti biskita semua dan sesungguhnya aku tidak dapat membalas segala kebaikan biskita dan setiapkali layanan baik itu aku terima, aku sentiasa berdoa dan hatiku sentiasa menangis dan terharu. Aku bukanlah sesiapa, hanya mengikut kakak sahaja bila hadir dalam apa jua majlis tetapi aku dilayan bagaikan keluarga sendiri. Terimakasih semua, moga Allah juga yang akan membalas segala kebaikan biskita selama ini. Sepanjang 8 tahun aku bergaul dengan biskita, tidak pernah aku dapati layanan yang kurang dan yang tidak memuaskan hati, aku sungguh terhutang budi.
Sekianlah dulu, luahanku, insan yang berkekurangan….

Ulasan
Catat Ulasan