Wasiatku
semalam berlaku hujan lebat, angin kencang berserta guruh dan kilat sehingga membuatkan sebahagian bekalan elitrik di rumah ini mati. Aku yang ketika itu sedang asyik menyaksikan berita melalui astro tv3 merasa terganggu dengan matinya elitrik di sebahagian rumah ini. Pada mulanya aku beranggapan, kesemua kawasan di rumah ini mengalami nasib yang serupa. Namun apabila aku keluar bilik dan melihat lampu masih elok terpasang, maka sahlah hanya sebahagian tempat di rumah ini sahaja yang terturun bekalan elitriknya. Patutlah masing-masing tak kisah dan tiada menunjukkan riaksi apa-apa. Kebiasaannya jika elitrik mati, kesemua orang di rumah ini akan keluar kerana berada di dalam gelap-gelita. Ini elok sahaja mereka tidur.
Setelah pasti hanya di kawasan bilikku sahaja yang termati bekalan elitriknya, aku pun berkira-kira hendak menaikkan suis eletrik namun ia terbantut disebabkan suara guruh masih kedengaran kuat dan sabung-menyabung. ditakuti ia akan membahayakan nyawa dan diri sendiri kerana elitrik bukan perkara main-main.
Setelah menunggu agak lama dan guruh masih berbunyi, aku pun masuk ke bilik kakak dan berunding apakah yang harus dibuat. Apabila aku masuk sahaja di bilik kakak, lampu di biliknya elok saja terpasang dan aku disapa olehnya mengatakan penghawa dinginnya mati dan beberapa suis di bilik itu juga tidak berfungsi. Kakakku bernasib baik kerana lampu di biliknya tidak mati seperti lampu bilikku. Ini bermakna, kakak tidak perlu takut kerana keadaan di dalam biliknya masih terang-benerang.
Aku pun berunding apakah yang harus dibuat, aku bercadang hendak menaikkan kotak suis eletrik yang telah terturun itu tetapi kakak aku mengesyorkan agar jangan masa ini memegang kotak suis utama takut kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pada waktu inilah aku tiba-tiba teringat hal kematian dan teringat pula pada bulus-bulusku. Bertitik-tolak dari itu kami pun sembang hal kematian. Aku kata dengan spontan, kalaulah takdirnya aku mati kerana renjatan eletrik atau apa-apa jua sebab, tolong jaga kucingku baik-baik. Kalau orang-orang di rumah ini enggan menjaga pun silalah beri pada orang yang sayang dan betul-betul pencinta kucing agar bulus-bulus ini tetap mendapat kasih sayang yang sepatutnya malahan lebih baik dari apa yang aku berikan pada sekarang ini.
Kakak aku kata, kalaulah dia tiada apa yang nak difikirkan, dia mahu sahaja menjaga kucing-kucing itu tetapi dia tidak sanggup menjaga banyak. Aku kata padanya lagi, kalau susah sangat nak cari orang untuk ganti tempatku, selongkarlah di telefon bimbitku yang mana aku yakin, dia tahu pin kod untuk membolehkan ia akses telefon bimbitku. Aku berpesan, di dalam telefonku, aku adalah ahli dalam dua group whatsapp kucing jadi, aku meminta agar dia akan menghantar mesej permintaan tolong untuk jadi tuan baru pada kucing-kucingku. InsyaAllah kataku, akan ada yang membantu dan akan ada yang mengambil kucing itu.
Kakak aku setelah mendengar wasiatku itu berkata, kita tidak tahu siapa akan pergi dulu, boleh jadi aku, dan boleh jadi dia, atau boleh jadi kami berdua akan pergi bersama. Aku mencelah dengan ringkas, kalau dua-dua lagi bagus :).
Sebelum kami mengakhiri perbualan, aku suruh kakak janji pada aku agar selesaikan hal kucing-kucing itu kalau ada apa-apa. Dia kata, insyaAllah. Fuh, lega hati ini, semoga kucing-kucingku akan terbela nasibnya. Namun aku sentiasa berdoa, agar Allah panjangkan umurku, murahkan rezekiku, dan sihatkan tubuh badanku agar aku dapat memberi yang terbaik untuk mereka sehingga kesuatu masa yang Allah tentukan, sehingga Allah menakdirkan aku berpisah dari mereka.
Buat masa sekarang aku bersyukur, aku masih mampu menjaga mereka dan Allah murahkan rezekiku walaupun aku tidak berduit banyak macam orang lain. Mungkin inilah tanda berkahnya memelihara kucing, inilah tanda Allah redha, Inilah mungkin hasil doa kucing-kucing yang telah aku lindungi. Setiapkali aku membelai dan memberimakan mereka, aku meminta kucing-kucing ini agar mendoakan yang baik-baik terhadap tuannya ini.
Akhirnya setelah bunyi guruh tidak lagi kedengaran dan hujan semakin reda, aku pun ke kotak suis utama untuk menaikkan semula suis-suis yang termati tadi. Di masa ini jangan cakaplah aku punya seram bagaimana. Menaikkan butang demi butang perkataan bismillah tidak lekang dari bibir. Alhamdulillah berhasil. Jika nak diturutkan, aku tak mahu sebenarnya menyentuh kotak suis besar ini tetapi nak buat macammana, nak menunggu abang iparku pulang dari urusan, lambat lagi, nak mengganggu ibubapa aku rasa kasihan.
Nasib baik Allah lancarkan urusan, dan harap-harap, itulah kali terakhir aku pegang kotak suis besar itu tetapi jika eletrik termati lagi dan tiada orang di rumah, aku terpaksa melakukannya.
Untuk akhirnya kepada pencinta kucing, usahlah jemu untuk menyaksikan makhluk Allah ini kerana besar pahala yang akan kita peroleh. Dan jika ada permintaanku untuk menolong jaga kucing-kucingku, diharapkan anda semua sudi.

Ulasan
Catat Ulasan