Runner Menipu
Runner cuba membuliku.
Aku ingin menceritakan satu kisah benar yang terjadi kepadaku yang terpaksa menggunakan perkhidmatan runner untuk membantu. Memandangkan aku bermasalah penglihatan, aku terpaksa mengharap bantuan orang untuk ke luar dan sebagainya. Pada suatu hari, aku teringin sangat menikmati ayam golek yang terkenal di Brunei Darussalam negaraku yang tercinta ini. Walaupun aku tidak menyatakan kedai yang menjual ayam golek itu, aku yakin masyarakat amat mengenali kerana kedai yang menjual ayam itu mempunyai beberapa cawangan di negara ini.
Aku pun berusaha meminta bantuan orang rumah tetapi malang kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Hendak menunggu mereka selesai, aku sudah tidak tahan memendam keinginan. Sebenarnya keinginan makan ayam golek ini sudah berlarutan berminggu-minggu lamanya namun aku diamkan sahaja. Tetapi kali ini aku tidak tertahan lagi menyebabkan aku terpaksa mencari seseorang untuk membantu.
Sepertimana yang diketahui, pada masa ini perkhidmatan runner amat terkenal di kalangan masyarakat majmuk. Tidak kira lapisan pun menggunakan perkhidmatan runner untuk memudahkan urusan. Ini termasuk diriku.
Cari punya cari, aku mendapatlah seorang individu yang mengadakan perkhidmatan runner. Kebetulan sloltnya kosong pada waktu itu dan tanpa berlengah, aku segera whatsapp orang itu untuk menggunakan perkhidmatannya. Aku tertarik kerana di dalam fb nya menyatakan perkhidmatannya hanya berharga 3 ke 5 ringgit tidak lebih dari itu.
Apabila aku berunding dengannya, dia bersetuju tetapi aku perlu membuat pemindahan wang ke akaun BIBDNya sebanyak $20. Bilah ditanya kenapa mesti aku memindahkan wang sebanyak itu sedangkan harga ayam di supersave hanya $6 lebih dan dicampur perkhidmatannya sebanyak $3 aku hanya perlu memindahkan 9 atau 10 ringgit saja. Apa katanya? Manalah tahu ada ekstra yang perlu dibayar tidaklah aku payah berulangkali membuat pemindahan.
Allahu akbar, betapa jauhnya harga yang perlu aku bayar untuk runner ini. Ya, aku sedar siapa aku, aku hanyalah seorang yang buta, mungkin bagi individu ini aku mudah dibuli tetapi aku tidak akan membiarkan insan-insan sepertii ini ambil kesempatan. Pun lagi, aku bukanlah orang berada yang boleh menabur wang sesuka hati tanpa menyelediki dahulu duduk perkara.
Aku cuba mempertikai namun dia mati-mati menyuruh aku membuat pemindahan wang $20 konon jika ada yang perlu dibayar tidaklah payah aku berulangkali membuat pemindahan. Lagi alasannya, manala tahu aku nanti akan berubah hati untuk menambah barang kiriman selain ayam. Aku tegaskan, aku hanya mahukan ayam golek itu sahaja termasuk upahnya yang mengaku sebagai runner.
Setelah aku bertegas enggan memindahkan wang sebanyak itu, dia dengan kasar berkata bahawa jika aku kedekut untuk membayar 20, janganlah gunakan perkhidmatannya, dakwanya, sekarang ekonomi merosot dan katanya lagi, aku seolah-olah tidak mempercayai dirinya. Katanya lagi, kalau duit yang aku pindahkan itu ada baki, aku tak payah bimbang kerana dia akan memulangkan kepadaku.
Aku tetap dengan keputusanku tidak mahuu memberi muka pada orang ini walaupun aku telah dikasari. Walaupun aku akan disenarai hitam, aku rela dari jadi mangsa tipu.
Mentang-mentang dia tahu aku berkedaan begini, mudah saja dia ingin memeras. Aku tak akan beri kesempatan pada orang ini, tidak sama sekali!
Akupun tidak lagi melayan orang itu, sehingga kini, aku masih belum tercapai lagi makan ayam golek supersave. Bagiku biarlah, tunggulah sampai masing-masing tiada kesibukan, aku akan capaikan. Daripada aku rugi wang ringgit. bagi yang berduit, 20 ringgit itu mungkin tidak seberapa, tetapi pada aku yang hanya mengharap bantuan dan ehsan kerajaan, 20 ringgit umpama 200 bagiku.
Sekarang, aku masih mengidam ayam golek dan harap sekejap lagi Allah akan capaikan hasratku ini.
Kepada rakan fb dan sesiapa saja yang normal, tolonglah aku merayu, janganlah dibuli masyarakat yang pada kamu ada kekurangan. Sepatutnya, jika kamu berpeluang berhadapan dengan insan seperti kami, renungkan dengan penuh keinsafan dan kesedaran. Syukurilah kesempurnaan yang ada pada diri kamu, ini juga termasuk ahli keluarga yang dianugerah Allah insan berkeperluan khas, janganlah dibuli anggota kamu yang allah beri kekurangan.
Pengajaran untuk OKU sepertiku, hati-hati mencari runner, jika rasanya ia mengenakan caj tidak munasabah, janganlah dilayan, carilah orang lain kerana di bumi Allah ini, banyak lagi orang yang baik dan berbudi tinggi. Kepada runner-runner dfb ini, jangan risau, anda semua tidak terlibat. Semoga anda semua ambil iktibar ceritaku ini.

Ulasan
Catat Ulasan