Kerana Dia Type C

Seingatku pada isnin lalu aku terpaksa melepas telefon bimbit kesayanganku pada orang lain. Inilah kisahnya...

 

Kira-kira 5 bulan yang lalu aku membeli sebuah telefon bimbit jenama samsung galaxy a-80 dengan harga $700 lebih di 1 city mobile di de mall gadong. Sebelum ini jenama telefon bimbitku Oppo v9. Disebabkan teringin nak guna samsung balik selain oppo tiada menyokong panggilan video di regular call, aku akhirnya melepas oppo itu pada bapaku kerana walaupun aku membeli galaxy a-80, aku masih menyayangi Oppo.

 

Secara kelaziman, aku amat mengambil berat dalam penjagaan telefon bimbit. Rata-rata pembeli yang membeli telefon-telefon yang sudah-sudah tidak pernah merungut masalah telefon kerana aku amenjaga mereka sepertimana aku menjaga diri sendiri.

 

Boleh dikatakan telefon-telefon yang ku milik tidak pernah terhempas kecual galaxy s-4 miny yang mana ia mengalami keretakan lcd yang menyebabkan ia tidak murah untuk dibaiki.

 

Bukanlah aku sesuka hati tanpa sebab yang perlu bertukar-tukar telefon tetapi ada sebabnya yang memaksa aku untuk menukar telefon baharu. Mungkin sebab dan alasan ini kecil saja bagi kalian tetapi bagiku, ia cukup merimaskan dan membuat aku tidak selesan dan tenteram.

 

Aku menyayangi galaxy a-80 bagaikan menyayangi nyawaku, setiap saat aku belai, ku jaga dan aku pastikan ia tak pernah terjatuh. Spesifikasi telefon ini seperti kamera, ram dan lain-lain memang mengancam tetapi satu yang tidak mengancamnya. :) connecter Earpis tidak seperti biasa ia berbentuk c yang mana sukar untuk aku mendapatkan earpis yang selesa. Earpis memang berfungsi tetapi hanya original earpis yang dibekalkan oleh samsung sahaja manakala yang luar dari samsung, gagal untuk berfungsi melainkan satu earpis ini yang aku beli dari miri.

 

Earpis ini memerlukan telefonku untuk switch on bluetooth bagi membolehkan ia berfungsi. sebelum ini puas aku mencari earpis tetapi gagal untuk berfungsi walau fungsi bluetooth telah di onkan. Aku juga membeli penyambung untuk membolehkan earpis biasa connect di telefonku itu tetapi hampa.

 

Sepanjang aku menggunakannya, hasrat untuk mendengar lagu melalui earpis terhambat, kalau aku guna earpis samsung pun rasanya tak selesa sebab dia berbentuk puting. Tengah siok mendengar lagi dan sebagainya ia terjatuh dan ini boleh mengganggu. Nak guna earpis yang dibeli dari miri memerlukan connect bluetooth, smule pun tak dapat kerana earpis ini tidak berfungsi mike nya untuk smule dengan selesa.

 

Setelah berfikir panjang, akhirnya aku nekad untuk membeli telefon baru jumaat lepas yang mana aku tidak lagi mengalami masalah earpis type c.

 

Galaxy a-80 terpaksa aku lepas walaupun terasa amat sayang. Banyak kenangan bersama telefon itu walaupun penggunaanku amat singkat masanya.

 

Harapanku cuma satu, agar pemilik baru akan menjaga telefon itu dengan penuh rasa kasih dan sayang, semoga telefon itu akan baik-baik saja dan dia selesa menggunakannya.

 

Pengajaran untukkuu dalam peristiwa ini, sebelum beli banyakkan kaji dan tanya pada yang pakar agar tidak menyesal dan membazir. Sekian, luahan hatiku.

 

Telefon baru ini mi note1-0, earpis pun boleh type c boleh juga connect earpis biasa. a80, kalau bukan kerana kau type c, aku takkan menjualmu :(

Ulasan