Oreo sayang, akhirnya kau kembali ke pangkuan Mummy juga

Hampir 2 bulan lalu iaitu tanggal 16 april 2020 selepas sahaja waktu maghrib dengan rasa berat hati aku terpaksa memberikan kucing kesayanganku bernama Oreo pada orang lain. Bukanlah saja-saja aku menyerahkan kucing yang ku tatang bagai minyak yang penuh itu pada orang melainkan pada ketika itu aku baru saja menghadapi konflik dengan keluarga disebabkan kucing. Niatku cuma satu, agar Oreo tidak akan dibuang di tempat yang bahaya kerana kucingku ini tidak biasa keluar rumah untuk masa yang lama. Hidupnya selalu di dalam kandang dan sesekali ku bawa ke bilik untuk bermanja.

 

Namun disebabkan kasihan melihat dia keseekoran tanpa berteman di dalam bilik khasnya aku dengan berat hati memberi pada mereka yang menyayangi kerana aku tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya padanya kerana di bilik ku juga, telah ada seekor kucing jantan bernama PuToot yang mana mereka (puToot dan Oreo) pantang bertemu dan jika dipertemukan, mereka akan bergaduh teruk.

 

Pernah aku cuba menyatukan mereka dengan niat untuk menyenangkan aku memantau kedua-duanya di bilik ini tetapi apa terjadi? Aku menjadi sasaran serangan oleh PuToot sehingga menyebabkan betis sebelah kanan luka akibat digigit dan dicakar. Sehingga sekarang, luka kesan cakaran dan gigitannya masih ada. Tak apalah padaku, dia hanya seekor binatang tidak berakal.

 

Sepanjang konflik itu, aku menangis memikirkan oreo yang sering mengiau apabila aku melintas kerana bilik khas kucing-kucingku ini hanya berdinding dan berpintukan cermin. Lagipun bilik khasnya tidak dibekalkan kipas tentulah dia stress kerana kepanasan.

 

Disebabkan takut dia dibuang kerana bilik khasnya diancam untuk dirobohkan, dan berpandukan nasihat kakak, akhirnya aku dengan berat hati meminta kakak untuk menghubungi kawan kami untuk mengambil kucing itu. Alhamdulillah, kawan kami itu yang rumahnya kebetulan berhampiran bersetuju mengambil Oreo kerana kakaknya pencinta kucing.

 

Masa menunggu kedatangan kawan kami untuk mengambil Oreo itu Allah sahaja yang tau bagaimana perasaan sedihku, Maafkan Mummy Oreo, mummy tidak dapat 100 peratus memantaumu tetapi mummy berharap, suatu hari nanti, kau akan kembali kepada Mummy semula.

 

Apabila kawan kami itu sampai ke rumah ini, aku pun mengambil Oreo dari bilik khasnya dan membawanya kekereta kawan kami. Oreo bagaikan faham perasaanku tidak pun dia meronta apabila ku bawa dan berpindah tangan. Bunyi miauannya sehingga kini terngiang-ngiang di telingaku hinggakan berbulan aku sukar menerima hakikat yang dia sudah dimiliki orang lain.

 

Aku sekali-sekala bertanya juga khabar Oreo pada kawanku dan dia memberitau oreo manja, lawa bulunya macam singa dan dia disayangi ahli rumah. Mungkin didorong oleh perasaan sayang menyebabkan aku sering menitipkan pesanan kepada kawan kami bahawa jika kakaknya tidak inginkan kucing itu, jangan dibuang, serahkan kembali kepangkuanku kerana aku sangat menyayanginya namun disebabkan masalah, aku terpaksa serahkan kepada orang lain agar dia tidak dibuang di merata tempat.

 

Alhamdulillah dia bersetuju dan menyampaikan kembali pesananku itu pada tuan baru Oreo (kakaknya). Kini, oreo berhijrah di daerah lain menyebabkan aku bertambah sedih, padaku, sekurang-kurang jika oreo masih di sini, sekali-sekala aku dapat melawatnya.

 

Setelah dari itu, aku tak pernah hidup tenteram. Senyum, ketawa, riang dan gembira hanyalah di luaran sahaja sedangkan hati ini Allah saja yang Maha Mengetahuinya.

 

Aku berdoa pada Allah, agar suatu hari, Dia akan mengembalikan oreo kepangkuan Mummynya yang menyayanginya.

 

Pendek cerita semalam ketika aku keluar untuk makan malam dan sedang berada di Mall untuk bershopping, aku ada menerima whatsapp teks dan panggilan dari kawanku yang mengambil oreo. Hairan juga aku sebab kawan ku ini jarang memulakan bicara melainkan berhajat. Dia bertanya adakah aku mau oreo kembali? kerana di rumah kakaknya ada anak kecil yang baru lahir dan keluarga kakaknya takut jika bayi yang baru lahir akan menghidap asma kerana kucing. Kakak kawanku ini selalu menerima sindiran sehingga dia akhirnya tidak tahan.

 

Tentu sahaja perkara ini adalah paling mengembirakan kerana aku berharap Oreo akan kembali. Apakah doaku selama hampir sebulan ini didengar Allah? Jika ya, aku bersyukur.

 

Memandangkan aku sibuk berada diluar dan yakin akuu takkan berada di rumah dalam masa terdekat untuk malam itu, aku memintanya agar menghantar Oreo keesokan hari sahaja.

 

Dan hari ini alhamdulillah, oreo telah kembali. Mungkin kerana lama tidak melihatku selama hampir 2 bulan, sikapnya berubah menjadi penakut. Sama seperti Ragi yang kuu ambil pada 14 april lalu juga mempunyai sikap yang sama. Ragi baru 2 hari tidak melihatku pun sudah lupa, apatah lagi Oreo yang hampir 2 bulan tidak melihatku lagilah. Tetapi tak apa, aku akan bersabar sehingga dia kembali manja denganku.

 

Masa aku ambil dari kereta, kawanku memberitau wajah oreo lembut, tidak meronta dan manja. Ternyata jodoh dan rezekiku masih bersama oreo.

 

Namun sedikit mendukacitakan, aku terpaksa melepas satu lagi kucing kesayanganku yang mana aku ada kadangkala mempost dalam status fb ini. Mereka pantang bertemu dan aku serahkan nasib PuToot di tangan Allah. Maafkan mummy sayang puToot, bukan mummy tidak sayangkanmu lagi, tetapi kapasiti bilik mummy dan sikap kamu tidak memungkinkan untuk mummy menyimpanmu.

 

Kini hatiku sudah tenteram kerana Oreo yang berada di hati telah kembali ke pangkuanku.

 

Anggap saja sepanjang nak 2 bulan ini, mummy minta bantuan orang untuk menjagakanmu sementara untuk mummy.

 

Aku belum boleh menggambar oreo kerana dia masih lagi takut sepertimana ragi dahulu. Nantilah bila dia ok, aku akan ambil gambar.

 

Di kesempatan ini aku ingin menganbil kesempatan untuk ucap terimakasih pada kakak kawanku kerana menjaga oreo dengan baik dan penuh kasih sayang sehinggalah dia kembali ke pangkuanku, terimakasih kerana dia diberi ruang untuk menjadi keluarga walaupun untuk sementara sahaja, terimakasih kerana rajin memandikannya dan aku tak payah lagi memandikan kerana dia sudah harum. Rancanganku aku ingin membawa dia grooming dan deworming dirinya di clinic, tengoklah pada kesudian abang iparku. Kukunya sahaja yang panjang dan aku telahpun potong pendek kukunya.

 

Kali ini, mummy takkan lepaskanmu lagi oreo...

Ulasan