berlagak tahu

 Dalam kehidupan ini pasti kita semua pernah bertemu dengan individu yang berlagak tahu tetapi sebenarnya hanya memandai-mandai. Seboleh-bolehnya aku elakkan dari menulis perkataan kasar dari itu. Berhubung dengan perkara ini ingin aku nukilkan sebuah cerita yang sudah lama aku pendam berhadapan dengan orang seperti ini. Sudah sekian lama aku menahan diri tetapi alang-alang ada ilham ni, aku teruskan sajalah menulis. Harap maaf sebelumnya sekiranya ada yang tidak menyukai tulisan ini. Niat aku agar kita ambil pengajaran darinya dan jangan sesekali berlagak tahu jika sebenarnya kita tidak mahir dan pakar tentang perkara bukann bidang kita kerana ianya akan hanya memalukan diri sendiri sahaja..


Begini, ada seseorang di negara Brunei darussalam ni yang berlagak tahu tentang salah sebuah bank di negara ini. Bank itu bernama BIBD. Biar aku ceritakan satu persatu dan harap difahamilah ceritaku ini kerana aku menulis dalam keadaan geram teramat geram...


1. dikatanya konon BIBd online akan menyekat nama pengguna bila login lebih dari 3 kali padahal user account itu hanya akan disekat apabila tersalah kata laluan sebanyak 3 kali. Jika kata laluan semuanya betul usahkan 3 kali sehari, 3billion kali login pun dipersilakan asalkan bahagia. Bibd tiada masalah pun tentang berapa kali login kerana itu hak pengguna. Bila cuba dibantah, katanya konon dia pernah mengalami user accountnya telah disekat ekoran login 3 kali dalam sehari, menurutnya pihak BIBD yang mengesahkannya sendiri bila dia bertanyakan perihal accountnya disekat. Wauuu hebatnya BIBD ya, ada had rupanya berapa kali sehari boleh login.


Kebetulan pada masa itu musim pengagihan kurnia yang baru lalu kononnya boleh membuat pilihan samaada menerima melalui bank atau diagihkan secara langsung. Pada masa itu aku dan beberapa orang lagi membuat pilihan untuk menerima melalui bank sahaja. Setiap hari lebih dari 3 kali aku dan beberapa orang lagi log masuk tetapi perkara account user disekat jauh panggang dari api.  


2. dikatakan  olehnya juga duit dalam account BIBD boleh dikeluarkan dalam bahasa kasarnya disapu habis sampai licin terus walaupun hanya tinggal 50bnd. Padahal peraturan mereka sudah menyatakan, 50bnd tidak boleh dikeluarkan jika jumlah itu sahaja yang tinggal. Saya sendiri sudah lama tahu dan siap mengesahkan di call center mereka lagi yang 50bnd tidak boleh dikeluarkan jika itu sahaja jumlah yang tinggal.


Lain pulak insan yang berlagak tahu ini bilamana katanya, dia pernah mengeluarkan 50bnd melalui mesin pengeluaran automatik (ATM) dan pengeluaran itu berjaya dan jumlah yang ada dalam accountnya berkurang dari 50bnd! Pelik bukan? Katanya lagi, kalau mengeluarkan melalui ATM boleh tetapi bila kita membuat pembelian atau pemindahan secara online tidak diterima. Peliklah peraturan kau ni wahai BIBD, secara online tak boleh, mengeluarkan secara ATM boleh berjaya pulak?


Dan kisah yang baru terjadi ini amat menggeramkanku. Dia ada mengadu kononnya dia kehilangan sejumlah wang dalam aaccount BIBD yang tidak perlu aku jelaskan jumlahnya. Mati-mati dia mengatakan duitnya dicuri padahal duitnya itu dipotong setiap hujung bulan kerana dia melanggan sesuatu yang membuat pemotongan automatik melalui account BIBD. Ujarnya, dia ada berkawan dengan pihak bank dan pihak bank mengatakan bukan sahaja dia yang ada kes begini tetapi ramai lagi. Dia juga mengesyorkan agar orang lain jangan lagi membuat simpanan di bank itu kerana konon tidak selamat untuk menyimpan.


Jika benar dia atau mana-mana pelanggan BIBD atau mana-mana bank di negara ini mempunyai masalah seperti kehilangan dan sebagainya, boleh membuat aduan dan pihak sana pasti akan bertindak dan menyelesaikan permasalahan pelanggan. Bila disuruh call pusat panggilan BIBD, dia enggan dan mengatakan bahawa tidak berguna untukk mengadu ke pusat panggilan BIBD kerana ramai orang telah jadi mangsa bukan dia saja seorang. Aku rasa tindakan ini sangat tidak patut, dia sepatutnya menyiasat dan menghubung pusat pelanggan agar permasalahan dan kekusutan segera terungkai. Jika hanya diam-diam, mana mungkin kekusutan terurai. Sudahnya BIBD dipersalahkan tanpa usul periksa tanpa menyelediki apa sebenarnya punca duit ditolak dari account.


Maaflah jika aku berterusterang, tindakannya yang terus menuduh pihak bank tidak wajar dan tidak sepatutnya tanpa membuat siasatan lanjut.  jika dia tidak inginkan duit dipotong, usah melanggan secara potongan auto kerana ia hanya menyusahkan diri sendiri.


Apabila dia tahu misteri kehilangan duitnya berpunca dari potongan langganannya setiap bulan itu, dia pun mengimbas cerita yang lalu. 2 ke 3 bulan yang lepas kalau tak silap aku, BIBD online tidak boleh login atas sebab-sebab menaikkan mutu perkhidmatan. So ramai lah pelanggan yang tersusah keranannya. Yang lebih parah, ada yang kehilangan duit simpanan,loan dan sebagainya. Bila perkara ini diadukan ke pihak berkenaan, masalah itu selesai. Menurut mereka, duit pelanggan tidak hilang tetapi invisible dari sistem sebab itulah mereka seolah-olah nampak duit mereka habis disapu walhal hanya invisible.


Tak larat aku menulis panjang tetapi pengajaran, janganlah bercakap perkara yang kita kurang mahir. yang ke dua, siasat dahulu duduk perkara jangan terus main terjah. Secara tidak langsung ia boleh menimbul fitnah dan setahu aku boleh disaman.


Pada akulah yang tidak banyak wang ini, daripada membayar saman peguam dan sebagainya, baik aku gunakan duit untuk bersedekah dan membeli keperluan sendiri.


Sekianlah dulu. Prinsipku jika aku tahu individu itu cakapnya tidak boleh diasi (bak kata orang brunei) alamat aku blacklist untuk seumur hiduplah jawapnya. 


Aku tidak menyebutkan nama ya, tuann tuan dan puan puan... yang tahu diam-diam saja yang tidak tahu, cukup ambil iktibarnya saja

Ulasan